Friday, 14 March 2014
Pengaruh Media Cetak & Peranan Perhubungan Awam......!!!
Sekadar Renungan Pagi: Menurut perbelanjaan iklan (atau ADEX) di Malaysia, surat khabar masih menduduki tangga teratas. Ini berbeza dengan negara-negara maju di mana perbelanjaan iklan television adalah lebih tinggi. Satu daripada sebabnya ialah kos untuk menyiarkan iklan dalam surat khabar dan majalah amat rendah sekali berbanding TV. Seterusnya, iklan surat khabar dan juga majalah lebih berkesan kerana boleh disimpan dan dirujuk apabila diperlukan. Maklumat yang penting juga dapat disenaraikan terutamanya bagi jenama yang memerlukan pemahaman yang lebih untuk pengguna membelinya. Oleh itu kebanyakan jenama, tidak kira kecil atau besar bajetnya, telah dilancarkan melalui surat khabar dan majalah. Kajian terkini juga menunjukkan iklan surat khabar paling dipercayai oleh pengguna di kebanyakan negara semata-mata kerana etika periklanan yang mementingkan kesahihan dan kredibiliti berita dan maklumat. Kaedah Komunikasi Pemasaran Bersepadu atau IMC meletakkan iklan di surat khabar dan majalah sebagai platform yang penting. Perhubungan Awam atau PR pula adalah alat strategik untuk meluaskan lagi maklumat dalam iklan tersebut agar jenama tersebut dapat mempengaruhi lebih ramai pengguna di samping meluaskannya di platform lain seperti TV, radio dan media sosial. Perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia seperti Sendayu Tinggi, D'herbs, Kopi Super Best, Simplysiti dan One Drop Perfume adalah antara jenama yang berjaya menggunakan kaedah ini. One Drop Perfume dilancarkan beberapa tahun yang lalu melalui akhbar Kosmo! secara wrap around di muka depan. Kreativiti iklannya telah disokong oleh berita-berita penganjuran beberapa acara yang menaikkan lagi kredibiliti dan populariti jenama tersebut. Konsert One Drop Bersama Artis dan akhbar Kosmo pula merupakan satu acara yang mendapat liputan berita yang luas dan mengundang pengguna mereka untuk hadir bersama artis- artis seperti Amy Search , Rozita Che Wan dan lain-lain, sekaligus menaikkan taraf dan populariti jenama tersebut.Pembinaan jenama adalah proses komunikasi yang berterusan. Interaksi dengan pengguna boleh dilakukan melalui penajaan acara kebajikan, sukan, ceramah (seperti ceramah kecantikan), seminar pengedar dan peraduan pengguna dengan hadiah menarik. Kaedah itu meningkatkan lagi berita jenama tersebut dalam semua platform media sekaligus meningkatkan pulangan terhadap pelaburan komunikasi secara bersepadu (Return on Investment – ROI) .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment