Monday, 24 March 2014

#PRK Balingian: Pengundian Awal 25 Mac......!!!

Pengundian awal PRK Dewan Undangan Negeri Balingian melibatkan 133 pengundi berdaftar akan dilaksanakan hari ini (25 Mac 2014) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah. Ketua Polis Mukah DSP Omar Bakthiar Yaacob berkata, proses pengundian awal akan bermula pada 8 pagi hingga 5 petang."Segalanya sudah siap untuk membolehkan 133 pengundi awal mengundi," katanya. Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Balingian serta dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, pada 28 Feb lepas. Bekas Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem kini menjadi Ketua Menteri Sarawak kelima.

No comments:

Post a Comment