Tuesday, 4 March 2014
#PRK Kajang: Komen Ku LI Tentang Lawan Anwar Ibrahim.....!!!
BN masih berpeluang merampas semula kerusi DUN Kajang sekiranya menggunakan strategi yang tepat semasa berkempen dalam PRK kawasan itu. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun juga mempunyai kredibiliti dan mampu membuat kejutan biarpun disifatkan sebagai underdog. "Kita kena atur strategi dan saya pasti para pemimpin kita sudah ambil kira". "Memang DUN Kajang milik MCA daripada asal cuma kita dah kalah dan kali ini pun ada pemimpin wanita yang ada kredibiliti, mungkin dia mempunyai harapan kalau kena strategi yang kita buat," katanya.
Ramai bersetuju dengan pandangan Ku Li tentang peluang BN untuk menang di DUN Kajang. Ianya tidak mustahil memandangkan calon BN adalah calon yang pasti akan dapat berada di DUN Kajang jauh lebih kerap jika dibandingkan dengan calon Pakatan Pembangkang.Malah, jika Chew Mei Fun berjaya mengurangkan undi majoriti pun sudah dianggap satu kejayaan bagi BN memandangkan calon PKR adalah ketuanya sendiri. Malah turut difahamkan bahawa beberapa kumpulan penduduk Permatang Pauh, kawasan parlimen Anwar Ibrahim telah mengatur jadual untuk turun ke DUN Kajang di sepanjang masa berkempen kelak. Mereka terpanggil untuk menerangkan dan menyedarkan pengundi-pengundi DUN Kajang tentang wakil rakyat mereka itu supaya tidak tertipu dan tidak 'habis manis, sepah dibuang'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment