Tuesday 11 March 2014

#PRK Kajang:Kempen Kak Wan Lesu Tanpa Kehadiran Anwar Ibrahim dan PAS....!!!

Malam pertama setelah bergelar calon secara rasminya, Kelibat Isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah dilihat berseorangan tanpa ditemani suami ketika berkempen. Apakah Anwar Ibrahim sedang merangka pelan seterusnya apabila dia dipenjara? Apakah Azizah sengaja dibiarkan berseorangan berkempen supaya mengekalkan momentum undi kesian Kak Wan terus meningkat naik sehingga hari mengundi 23 Mac ini? Segalanya mungkin dalam perkiraan politik Anwar Ibrahim. Apa yang menarik, PRK Kajang dilihat lesu tanpa takbir sekutunya PAS. Bermula dari proses penamaan calon pagi tadi hingga proses berkempen malam ni, kelibat PAS umpama bayang-bayang sahaja. Kalau adapun, boleh dikira dengan jari. Di mana Ahli PAS?

No comments:

Post a Comment