Thursday 13 March 2014

#PRK Kajang: Ahli PBTM Ikrar Sokong Calon BN.......!!!

Ahli-ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) berikrar akan memberi sokongan padu kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam PRK DUN Kajang, 23 Mac ini. Beberapa ahlinya berkata, sokongan tersebut bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya berdasarkan kepada bukti kejayaan yang telah dikecapi rakyat sejak merdeka di bawah pemerintahan BN. Bekas tentera udara, Wahid Alimat, 55, berkata, Kerajaan Pusat pimpinan BN banyak berjasa kepada rakyat, justeru pilihan raya adalah waktu sesuai untuk membalas budi dengan memberi sokongan kepada parti itu."Selama menjadi tentera saya banyak menerima bantuan daripada kerajaan, justeru sokongan saya tidak pernah pudar kerana itulah disiplin yang diajar kepada kami sepanjang masa". "Oleh itu, saya berharap pada pilihan raya ini, pengundi terutama bekas tentera tidak teragak-agak memberi sokongan kepada calon BN," katanya selepas menerima anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) daripada Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Kajang. Hussin Mohd. Suhaimi, 52, pula berkata, sokongan daripada tentera dan bekas anggota tentera tidak boleh berbelah bahagi kepada negara kerana hanya itu cara untuk mengelakkan negara daripada jatuh ke tangan individu tidak bertanggungjawab."Sokongan ini perlu berterusan, kalau tidak boleh sumbangkan tenaga, maka caranya adalah dengan mengundi pemimpin yang dilantik," katanya yang turut menerima PJM. Pandangan sama turut dikongsi Asmuri Amir, 59, yang menyeru agar generasi muda terus bersama BN walau dalam apa keadaan sekalipun untuk memastikan kestabilan negara terus dijaga."Kalau BN ada masalah kita boleh tegur, tetapi untuk menyokong pihak lawan tidak betul kerana BN sudah terbukti parti yang mampu memimpin negara ke arah yang lebih baik pada masa depan," katanya. Sementara itu, Presiden PBTM, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, PBTM akan memberikan bantuan RM500 secara sekali gus kepada semua ahlinya dan bekas tentera yang mengalami kecacatan. Katanya, peruntukan RM500,000 disediakan untuk diagihkan kepada semua penerimanya di seluruh negara bermula 19 Mac ini. "Sepanjang 2013 tabung PBTM berjaya mengumpul dana sebanyak RM4 juta, justeru wang ini akan digunakan dan kami telah mengenal pasti seramai 1,000 bekas tentera yang layak menerimanya," katanya.

No comments:

Post a Comment