Sunday, 9 March 2014

#PRK Kajang: Calon BN Tidak Akan Mengalah Walaupun Azizah Ganti Anwar......!!!

Keputusan PKR meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon baharu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak melemahkan semangat calon BN bagi PRK DUN Kajang.Bagaimanapun Datin Paduka Chew Mei Fun berkata perjuangan untuk membela nasib rakyat Kajang akan diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan selama ini demi memastikan kemenangan BN pada 23 Mac depan."Setiap orang ada kekuatan mereka tersendiri. Oleh itu kita tidak akan ambil ringan dan berhati-hati serta bekerja dengan bersungguh-sungguh"."Saya akan meneruskan perjuangan saya dengan cara yang sihat dan terbuka,". PKR telah mengumumkan Wan Azizah sebagai calon baru untuk PRK Kajang selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Mengulas lanjut, Chew berkata percaturan parti itu meletakkan Presidennya tidak akan mematahkan semangat UMNO-BN menepis serangan PKR."Setiap pilihan raya mungkin ada beberapa halangan dan cabaran yang baru. Ada juga perkembangan yang tidak disangka-sangka. Apa pun kita akan teruskan apa yang kita sudah kerjakan," katanya lagi. Wan Azizah di dalam ucapan ringkasnya selepas pengumuman berkenaan bertekad mahu menjadikan keadilan sebagai teras kempennya. Malah Penasihat DAP Lim Kit Siang juga begitu yakin bahawa Azizah boleh menyebabkan mana-mana calon PRK Kajang kalah sekaligus kehilangan wang deposit mereka. Tindakan itu mengejutkan beberapa pihak di dalam PKR sendiri kerana Wan Azizah sebelum ini dilaporkan akan berundur sebagai Presiden parti pada pemilihan bulan depan.Keputusan untuk meletakkan beliau sebagai calon untuk mempertahankan kerusi DUN itu juga akan menghangatkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan Wan Azizah dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi kerusi DUN Kajang.Sumber-sumber parti memberitahu bahawa keputusan parti supaya Khalid berundur sebagai Menteri Besar tidak berubah meskipun Anwar tidak lagi layak menjadi calon untuk PRK Kajang setelah disabit kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment