Sunday 16 March 2014

#PRK Balingian: BN Yakin Menang Besar.....!!!

BN Sarawak yakin calon yang mewakili BN dalam PRK DUN Balingian boleh menang dengan majoriti undi yang besar. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Stephen Rundi berkata, walaupun peluang mengekalkan kerusi berkenaan cerah tetapi BN tetap akan bekerja keras untuk memastikan calonnya menang dengan majoriti yang besar.“Kita (PPB) akan kerah jentera pilihan raya yang terdiri daripada pergerakan wanita, pemuda dan parti-parti komponen lain untuk memastikan kemenangan yang besar untuk calon kita,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat parti itu. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya DUN Balingian pada 29 Mac manakala penamaan calon pada 17 Mac selepas kerusi DUN itu dikosongkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb.

No comments:

Post a Comment