Monday 31 March 2014

Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah Jawatan Presiden......!!!

Pemilihan Parti Kedilan Rakyat (PKR) kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Presiden. Penyandang jawatan, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru yang turut membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Lawan beliau bagi posisi sama, penyandang jawatan Mohamed Azmin Ali, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution,Ramachandran dan Murali Subramaniam. Sementara itu bagi Naib Presiden pula menyaksikan seramai 16 calon disahkan bertanding dan hanya empat sahaja akan menduduki kerusi terbabit berdasarkan keputusan pemilihan parti. Calon Naib Presiden adalah, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Yahya Mat Sahri, Elizabeth Wong, Fuziah Salleh, Tian Chua, N Surendran, Shamsul Iskandar, Xavier Jeyakumar, Lee Chin Cheh, Datuk Mansor Othman, Suresh Kumar, Baru Bian, Mustaffa Kamil Ayub, Dr Shanmugam dan Dr Sritharan. Nama calon diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul selepas penamaan calon ditutup di Ibu Pejabat PKR. Matmerapu melihat bahawa pertandingan suami isteri bagi jawatan Presiden PKR adalah strategi Anwar mengekalkan tampuk PKR tidak terlepas kepada orang lain terutama Azmin Ali.

No comments:

Post a Comment