Tuesday 18 March 2014

#PRK Kajang: PKR Hanya Gula-Gulakan Pengundi Kajang......!!!

Bila agaknya masalah rakyat Kajang akan selesai? Seorang demi seorang ADUN yang dipilih oleh pengundi Kajang telah meletakkan jawatan. Adakah Kajang akan menerima nasib yang sama sekiranya mereka memilih sekali lagi calon PKR yang telah ada sejarah meletakkan Jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Pakatan Pembangkang sentiasa mengaku mereka yang terbaik tapi hakikatnya di bawah pentadbiran mereka, tidak langsung merasai khidmat wakil rakyat PKR ini. Walaupun gaji sudah naik tetapi prestasi masih buruk, masalah rakyat tetap tidak dijaga. Masalah rakyat Kajang ini tidak akan selesai jika pengundi Kajang masih memilih calon PKR, Wan Azizah kerana beliau tidak berani untuk selesaikan masalah rakyat. Tetapi jika penundi Kajang memilih calon BN, Chew Mei Fun sebenarnya rakyat Kajang menunjukkan kecerdikan mereka. Mereka tahu Chew Mei Fun sebagai seorang pembangkang di DUN Selangor boleh mendesak masalah rakyat diselesaikan. Jika tidak Kerajaan Negeri akan menyembunyikan masalah rakyat ini daripada pandangan umum rakyat Selangor!!!

1 comment:

  1. ingatlah, pengundi bukannya boneka yang boleh diperkotakkatikkan.

    ReplyDelete