Monday, 3 March 2014
#PRK Balingian: Penanda Aras Kekuatan PKR.....!!!
PRK Balingian bakal menjadi penanda aras kekuatan PKR berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang. Ketua PKR Negeri, Baru Bian berkata PRK tersebut akan menentukan momentum rakyat Sarawak.“PRK ini akan menentukan sama ada rakyat masih menyokong BN dan ia akan mengukur sokongan rakyat kepada kerajaan sekarang terutama sekali dalam konteks kenaikan kos sara hidup". Baru Bian juga menambah kenaikan harga keperluan asas akan menjadi isu utama dan beliau akan membawa isu terbabit kepada umum dan ia pasti akan menarik perhatian.“Kita juga akan bercakap mengenai pelantikan Ketua Menteri yang baru, TYT yang baru dan ini akan membantu kita".“Pada PRN 2011 kita bertanding di Balingian dan kali ini kita akan melihat sejauh mana perkembangan melalui PRK yang akan datang ini,” tambah beliau. Baru Bian juga menambah bahawa mereka akan memerhati PRK Balingian dan mereka tidak akan patah semangat oleh kenyataan yang dibuat sesetengah pihak yang berkata BN akan menang dan akan memperoleh undi majority besar.“Ia akan menjadi kerusi BN yang paling sengit tetapi kita tidak akan patah semangat melalui kenyataan yang pelbagai kerana macam-macam boleh terjadi dalam politik".
“Strategi PKR kali ini akan menggunakan pendekatan turun ke bawah dan memberitahu orang ramai mengenai isu membabitkan rasuah, perniagaan kroni dan pelantikan pemimpin BN negeri".“Manifesto PR mesti diterangkan secara menyeluruh tetapi cabarannya ialah untuk berkomunikasi dan membawa pesanan kepada orang di bawah,” tambah beliau. Baru Bian juga menambah masa sudah berubah dan perubahan sokongan mencerminkan realiti yang berlaku dan bukan lagi calon yang bertanding. Beliau juga mendedahkan ADUN Batu Lintang, See Chee How yang juga Timbalan Presiden PKR Sarawak telah diberikan tugas oleh jawatankuasa pilihan raya PKR Negeri untuk menyenarai pendek calon yang berpotensi. Kerusi Balingian dikosongkan Taib pada Jumaat lepas untuk memberi laluan menggalas tugas sebagai TYT yang baru. Sementara itu, SPR dijadual akan bermesyuarat pada 6 Mac ini untuk menentukan tarikh PRK Balingian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment