Monday, 31 March 2014

Isu Saman RM2 Juta: PAS Dipermainkan Lagi......!!!

Kalau sesama sendiri pun ditipu hidup-hidup, apatah lagi rakyat biasa. Apa lagi kesimpulan dan pandangan yang boleh dibuat berhubung kes saman bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bukankah sebelum ini menjelang PRK DUN Kajang, PKR memberi jaminan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik tetapi perkembangan terbaru rupa-rupanya menunjukkan sebaliknya. Mahkamah Tinggi telah menetapkan 14 April ini bagi memutuskan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar, Mohamad Nasrudin Mohamed memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang dikemukakan oleh pihak defendan. Bagaimanapun defendan Abdul Hadi tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Asmuni Awi. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipermain-mainkan berhubung perkara berkenaan kerana berdasarkan apa yang diperkatakan sebelum PRK Kajang, ianya seolah-olah hampir selesai dan tidak diteruskan di peringkat seterusnya. Nampak jelas dalam situasi itu PAS dipermainkan sekutunya. Sewajarnyalah PAS melihat perkara ini dan mereka perlu ada maruah yang tersendiri dan bukannya dengan mudah diperkotak-katikkan. PAS perlu ada maruah dan bukannya sekadar melihat isu tersebut dengan sebelah mata kerana ianya melibatkan soal maruah parti. Takkanlah melibatkan maruah Presiden parti pun boleh berpeluk tubuh dan takkanlah melibatkan maruah institusi parti itu sendiri pun mereka boleh goyang kaki. Renung-renungkanlah...... Bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dilapor tidak akan menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut Mohd Shamsul beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya berikutan kegagalan pihak Abdul Hadi bersemuka dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian secara baik berhubung persoalan yang begitu serius menyentuh kehidupannya dan keluarga. Beliau yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin PAS itu, menyifatkan pihak defendan tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut tersebut walaupun telah membuka peluang kepada mereka sebelum ini.

No comments:

Post a Comment