Sunday 2 March 2014

PAS Tegur PKR, Henti Bincang Isu MB Selangor.....!!!

PAS Selangor sekali lagi mengingatkan PKR supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar menjelang PRK DUN Kajang. Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata PAS kesal kerana sekutu mereka itu masih membangkitkan isu jawatan Menteri Besar yang dikatakan bakal diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Sekali PAS Selangor ingin nyatakan pendirian agar isu Menteri Besar tidak dibangkitkan".“Bagi PAS, PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar langsung tiada kaitan. Jangan bangkitkan isu berkenanaan di saat PAS sudah menggerakkan jentera membantu memenangkan PKR di Kajang,” katanya. Beliau mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu temubual bersama Australia’s Newsline baru-baru ini bahawa beliau sedang berunding untuk mengambilalih tugas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar juga dilaporkan berkata beliau akan menggunakan Selangor sebagai model bagi membuktikan kepimpinannya.Sehubungan itu, Abdul Khalid sendiri mengesahkan bahawa pihaknya masih dalam peringkat perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status Anwar yang didakwa bakal menggantikannya. Abdul Khalid berkata perbincangan lanjut juga akan diteruskan bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mencapai kesepakatan sebelum perkara tersebut diputuskan.

No comments:

Post a Comment