Friday, 14 March 2014
#PRK Kajang: 'Kajang Move' Sudah Berkecai.....!!!
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas hasrat pembangkang untuk merancang lebih banyak 'gerakan Kajang' semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat malah pembangkang jelas cuba memperlekehkan sistem demokrasi di negara ini demi memuaskan matlamat politik mereka dengan mengabaikan nasib rakyat. "Apa tujuan mereka untuk mengadakan lebih banyak 'gerakan Kajang'? PRU13 sudah selesai dan hakikatnya BN kalah di Selangor...kita terima keputusan itu". "Tapi hanya kerana nak puaskan hawa nafsu Anwar Ibrahim, wakil rakyat PKR yang dipilih pada PRU13 berhenti tanpa sebab, saya fikir rakyat harus hukum mereka," ujarnya mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli bahawa parti itu tidak menolak untuk mengadakan 'gerakan Kajang' yang seterusnya. Tambahnya, 'gerakan Kajang' sebenarnya gagal apabila Anwar tidak layak bertanding di DUN Kajang."Apa gerakannya? Gerakan besar untuk Kajang ialah untuk membolehkan Anwar Ibrahim jadi Menteri Besar...tapi malangnya, sudah berkecai," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Taman Mesra.
Terdahulu, 'Gerakan Kajang' dirancang PKR apabila wakil rakyatnya di DUN itu meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menyerti DUN Selangor.
Dikatakan 'gerakan Kajang' juga dirancang bagi membolehkan Anwar diangkat sebagai Memteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment