Sunday, 9 March 2014
#PRK Balingian: Calon Masih Jadi Teka Teki......!!!
Walaupun seminggu hari sahaja lagi penamaan calon bagi PRK DUN Balingian di Sarawak akan diadakan, namun siapakah akan diketengahkan sebagai calon oleh parti masing-masing masih menjadi teka-teki.Setakat ini, para pemimpin BN Sarawak tidak memberi sebarang bayangan mengenai calon akan diletakkan bertanding bagi kerusi kawasan majoriti masyarakat Melanau itu, yang diisytiharkan kosong berikutan pengunduran penyandangnya, yang juga bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari.Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga pengerusi BN negeri, begitu tangkas mengelak daripada ditanya tentang calon parti itu apabila memberitahu petugas media bahawa beliau akan bercakap tentang perkara itu pada ketika lain. Terdahulu, Adenan dan beberapa pemimpin BN Sarawak menghadiri majlis kesyukuran bersempena pelantikan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu selepas solat Jumaat di Masjid Jamek di Kuching. Selepas menerima kunjungan hormat anggota majlis tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak di pejabatnya, Adenan berkata BN akan mengumumkan calonnya beberapa hari sebelum hari penamaan calon. Menurut Adenan beberapa nama telah dikemukakan kepadanya untuk dipertimbang sebagai calon, tetapi beliau perlu berbincang dengan para pemimpin kanan BN negeri lain sebelum membuat keputusan muktamad. Sementara itu, PKR mungkin mewakili pakatan pembangkang untuk bertanding dalam PRK itu dan Pengerusi negerinya Baru Bian berkata setakat ini, parti itu sudah mengenalpasti dua nama yang berpotensi menjadi calonnya, tetapi tidak menyebut siapa mereka. Kata Baru Bian, beliau akan membincangkan perkara itu dengan pemimpin parti lain sebelum mengumumkan nama calon berkenaan. Terkenal sebagai kubu kuat BN sejak 40 tahun lepas, kerusi Balingian dikekalkan penyandangnya, Taib, dengan mengalahkan calon PKR Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin dengan majoriti 5,154 undi dalam PRN 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment