Tuesday 18 March 2014

#PRK Balingian: PKR Tampil Calon Kitar Semula......!!!

PKR yakin memberi saingan sengit bagi PRK DUN Balingian walaupun calonnya Abdul Jalil Bujang pernah tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata keputusan parti meletakkan calon pernah kalah dan tidak menampilkan muka baharu kerana dalam proses demokrasi tiada yang mustahil.“Kalah dalam pilihan raya lepas tidak semestinya kalah dalam pilihan raya akan datang,” katanya selepas pengumuman calon PRK Balingian di Dewan Suarah Mukah. Abdul Jalil, 55, yang juga setiausaha PKR Bintulu dan seorang ahli perniagaan pernah bertanding bagi kerusi DUN Jepak melibatkan persaingan lima penjuru pada 2011 namun tewas kepada penyandang kerusi itu daripada BN Datuk Talib Zulpilip, yang merupakan Menteri Muda Pelancongan Sarawak. Sebaliknya BN menampilkan muka baharu iaitu bekas Pegawai Daerah Dalat Yossibnosh Balo, 48, sebagai calon bagi PRK Balingian.

No comments:

Post a Comment