Friday, 14 March 2014

#PRK Kajang: Risalah Burukkan Anwar & Wan Azizah Tersebar......!!!

Sebaran risalah berbentuk fitnah telah menghangatkan lagi perjalanan kempen PRK Kajang.Pengarah Penerangan PRK Kajang, Shuhaimi Shafie berkata, risalah itu memburukkan imej bekas calon DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Risalah berjudul '10 Sebab Kenapa Pengundi Kajang Perlu Menolak Wan Azizah' serta 'Fitnah SPR, Pakatan Kotorkan Daftar Pemilih' disebarkan di beberapa pusat mengundi iaitu di Sungai Sekamat, Sungai Chua, dan Sungai Kantan. Shuhaimi berkata, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Kajang. "Kita nak SPR siasat segera perkara ini kerana risalah tersebut tidak mempunyai penerbit dan pencetak. Kesalahan ini termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 11 (1) (C)"."Oleh itu, saya akan buat satu laporan polis selepas solat Jumaat supaya tindakan sewajarnya diambil," katanya di Bilik Gerakan Utama PKR. Matmerapu jangka, sebaran risalah tersebut dibuat oleh pihak pembangkang yang sengaja ingin membangkitkan kontroversi dengan memberi petunjuk kononnya risalah disebarkan oleh pihak BN. Persoalannya, kenapa pembangkang perlu takut jika ianya tiada asas. Pepatah Melayu: "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah". Nampaknya seolah-olah memang benarlah keburukkan Anwar dan Wan Azizah itu, jika dah benar, ianya bukan lagi fitnah.

No comments:

Post a Comment