Tuesday 18 March 2014

PRK Kajang: Pengundi Jangan Terpedaya Dengan Janji Pembangkang.....!!!

Pengundi di DUN Kajang dinasihati agar tidak terpedaya dengan janji manifesto baharu pakatan pembangkang, ketika janji yang dibuat semasa PRU13 yang lalu, belum mampu ditunaikan. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata janji baharu itu umpama sekadar ‘umpan’ bagi memperdaya pengundi untuk memilih Wan Azizah Wan Ismail yang dipertaruhkan bagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada PRK 23 Mac ini.“Ketika janji PRU13 lalu belum mampu ditunaikan, mereka datang lagi dengan janji baharu. Persoalannya, kenapa perlu buat manifesto baharu sedangkan janji lama pun tidak dilaksanakan".“Jadi, saya harap pengundi di Kajang tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan janji manis dalam manifesto PKR itu,” katanya mengulas manifesto PKR, antara lain menumpukan menangani kesesakan lalu lintas, membanteras jenayah, pembangunan anak muda dan usahawan kecil. Beliau berkata demikian selapas melakukan tinjauan mesra ke beberapa buah rumah di sekitar Sungai Sekamat bagi membantu jentera BN. Mohd Shafie berkata pengundi harus memberi sokongan penuh kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun yang berdisiplin, mempunyai komitmen tinggi dan boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk membela pengundi Kajang. Kenyataan Timbalan Parti Keadilan (PKR), Azmin Ali seperti dilaporkan beberapa media yang mengesahkan bahawa akan tetap berlaku penukaran Menteri Besar Selangor selepas PRK DUN Kajang, Mohd Shafie berkata perkara itu merupakan masalah dalaman PKR sendiri.“Itu hal dia, terserah mereka, itu bukan agenda kita, cuma kita nakkan hari ini dah ada petunjuk tuhan, mereka dah pegang Kajang pada PRU dahulu, tapi menyusahkan rakyat juga, bubar dewanlah, jadi rakyat kena fikir balik,” katanya. Mengenai tinjauan mesra beliau hari ini, Mohd Shafie menarik perhatian bahawa sokongan rakyat semakin baik dan yakin dengan baki tempoh berkempen, tiada masalah dalam menarik sokongan pengundi menjelang hari pengundian kelak.

No comments:

Post a Comment