Wednesday, 26 March 2014
Perceraian Nurul Izzah: Kerja Jahat Puak Azmin Ali.....!!!???
Berkahwin dan bercerai merupakan perkara peribadi seseorang. Begitu juga dengan hidup dan mati. Yang menjadi masalah kepada orang lain ialah meliwat. PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman. Di Selangor, Azmin Ali sedang bergasak dengan Khalid Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PKR menyatakan sokongan kepada Azmin Ali, termasuklah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, namun Khalid Ibrahim yang berada di bawah ketiak Wan Azizah dibantu pula oleh Nurul Izzah yang juga merupakan isteri dan anak Anwar Ibrahim sukar digugat atau diterajang sesuka hati oleh puak Azmin Ali. Sesuatu perlu dilakukan secara drastik untuk menanam Khalid Ibrahim. Untuk itu, kaedah yang digunakan untuk UMNO, digunapakai terhadap Khalid Ibrahim. Caranya ialah, bunuh perdu atau akar sokongan di sekeliling Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim perlu dipisahkan daripada kawanannya. Lebih mudah membunuh Khalid Ibrahim sekiranya dia bersendirian. Dan lebih mudah pula untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sekiranya dia kehilangan sokongan Wan Azizah dan Nurul Izzah. Masalah rumahtangga Nurul Izzah sudah lama kedengaran, iaitu semenjak sebelum PRU13 lagi. Beberapa rahsia peribadi Nurul Izzah yang hanya diketahui oleh inner-circle, telah tersebar secara meluas. Tanpa menggunakan tenaga kerja sendiri, kerja-kerja penyebaran keburukan Nurul Izzah itu akan menjadi lebih mudah menerusi penggunaan tenaga kerja dari pihak lawan iaitu UMNO. Siapa yang menuai paling banyak untung bagi kemelut rumahtangga anak perempuan Anwar Ibrahim itu? Dengan siapa Anwar Ibrahim akan lebih terjerat terutama apabila cerita dia tersangkut dan kemudian dihalau keluar dari Jepun disebarkan? UMNO tidak perlu terlalu gembira dengan masalah yang melanda Nurul Izzah sekarang ini. PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan mereka memerlukan sebuah organisasi besar yang kuat tetapi seringkali diberikan tanggapan jahat, menyebarkan isu ini secara meluas dan tidak terkawal. Orang yang sedang cuba memerangi peperangan dalam kemelut dalaman PKR adalah Azmin Ali. Kaedah baling batu sembunyi tangan ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan dalam dunia politik. Kecuali golongan yang berfikir secara sehala, apabila tercetus sesuatu isu, biasanya ia akan diteliti dan diperhalusi sebaik-baiknya. Mengapa isu perceraian Nurul Izzah timbul pada ketika kemelut kepimpinan negeri Selangor sedang memuncak? Masakan PKR tidak tahu isu-isu peribadi seperti ini boleh mempengaruhi sokongan terhadap parti itu? Ahli-ahli UMNO pula tidak akan mengetahui bahawa isu-isu yang sekali imbas kelihatan memalukan, sebenarnya adalah untuk bertujuan mendapatkan simpati? Di sinilah kita perlu akui, pakar-pakar strategi PKR sebenarnya amat bijak menggunakan sebarang isu untuk kelebihan mereka. Seboleh-boleh menukarkan isu-isu yang boleh membunuh {PKR menjadi isu-isu yang membina PKR) PKR pula dilihat sebagai mangsa kezaliman pihak yang dituduh. Justeru, ahli-ahli UMNO tidak perlu terperangkap dan terlalu seronok dengan masalah yang sedang melanda Nurul Izzah sekarang. Tanggapi ia sebagaimana isu-isu lain dan perlulah lebih berhati-hati kerana perangkap yang dipasang oleh individu-individu yang sedang mencari kelebihan dalam PKR, sememangnya mahu mengheret UMNO dalam kemelut ini sebelum akhirnya jawapan standard mereka akan dituturkan iaitu semuanya salah UMNO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sapa ahli2 umno yg didakwa risau tu? baqdo zinny ismi! sya juga ahli umno yg pernah terpengaruh dgn bro anwar bin ibrahim..tiada masalah. Kami hormat kak wan..ts khalid. kami x kutuk la..media mmg ada agenda! saksikan PM Najib teruskan dasar laksana hudud tanpa syarat - media perdana mahupun politik pembangkang mana mau cerita
ReplyDelete