Monday, 24 March 2014

#PRK Balingian: Pemimpin PKR Merungut Terhadap Penduduk.....!!!

Ceramah PKR Sarawak pada kempen PRK Balingian telah benar-benar menyentap perasaan penduduk Balingian dan Mukah disebabkan rungutan pemimpin PKR terhadap kadar sewa kanopi dan kerusi. Menurut Baharudin Mokhsen, sewa kerusi yang dikenakan oleh pengusaha sangat tidak berpatutan hingga menyebabkan mereka hanya mampu menyewa kerusi dengan jumlah yang kecil. Akibatnya, ramai penonton yang mahu mendengar ceramah mereka terpaksa berdiri dan duduk di tepi longkang bagi mendengar ceramah. Dianggarkan hanya sekitar 100 orang penonton sahaja yang hadir biarpun penceramah jemputan Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS hadir memberikan ceramah. Selain Mat Sabu, kelihatan beberapa pemimpin PKR Sarawak memberikan ucapan termasuk calon PKR, Abdul Jalil Bujang serta pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia. Rata-rata pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang banyak memainkan isu nasional yang bertujuan untuk menghasut berikutan anggapan mereka bahawa penduduk Balingian tidak tahu isu itu. Tidak ketinggalan isu Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat dengan meminta undi simpati ke atas calon PKR, Abdul Jalil Bujang. Manakala, isu tempatan dan negeri kebanyakannya berulang dengan menjadikan isu tanah sebagai topik utama. Berbaki 3 hari lagi untuk kedua-dua calon BN dan PKR berkempen dalam PRK Balingian yang pastinya akan menguji sejauh mana kesabaran mereka dalam mengharungi kehendak pengundi di DUN N.51 Balingian.

No comments:

Post a Comment