Tuesday 18 March 2014

#PRK Kajang: SPR Nafi Jumlah Pengundi Awal Bertambah.....!!!

SPR menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku pertambahan mendadak jumlah pengundi awal bagi PRK DUN Kajang seperti didakwa PKR. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dakwaan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga calon bagi PRK itu merupakan pembohongan melampau tanpa berpandukan data lengkap disediakan. Beliau berkata, jumlah pengundi awal yang layak mengundi ialah sebanyak 1,197 orang, pertambahan sebanyak 17 pengundi berbanding 1,180 ketika PRU13 pada Mei tahun lalu."Tuduhan bahawa SPR sengaja menambah bilangan pengundi disebabkan dakwaan undi awal kebanyakannya menyokong BN merupakan satu pembohongan besar dan melampau"."Untuk makluman, jumlah pengundi awal atau pengundi biasa ditentukan berdasarkan jumlah semasa pengundi sehari sebelum seseorang penyandang meletak jawatan, maknanya kita tidak boleh sesuka hati menambah bilangan selepas berlaku kekosongan," katanya.

No comments:

Post a Comment