Friday 14 March 2014

#PRK Kajang: Jerebu Tidak Jejas Kempen BN......!!!

Suasana jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu tidak menjejaskan proses berkempen BN di DUN Kajang. Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil berkata biarpun jerebu itu semakin menjejaskan kualiti udara, namun BN akan mempergiatkan kempen untuk menambah majoriti undi di kawasan itu."Kempen Wanita UMNO di sini berjalan dengan baik, Alhamdulillah...memang DUN Kajang ini amat mencabar, tetapi kita tidak pernah berputus asa". "Kita tiada agenda lain, kita sebagai ibu, kita tak nak pihak pembangkang berterusan untuk memecahbelahkan masyarakat bagaikan dunia ini mereka yang punya," katanya. Mengulas lanjut, beliau menafikan pihak terlibat dengan menaja atau mengupah mana-mana pihak termasuk bomoh dengan upacara mencari mangsa pesawat MAS MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), baru-baru ini."Hantu mana pun boleh pakai badge itu (1Malaysia), yang saya tahu bomoh itu tiada kena mengena pun dengan parti BN, sebab KLIA itu free for all, dia pandai-pandai pergi sana," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment