Thursday, 20 March 2014
#PRK Kajang: Wan Azizah & Nurul Izzah Dihalau Pengundi......!!!
Kempen PRK DUN Kajang kini sudah masuk ke level terakhir. Calon yang bertanding mewakili parti masing-masing juga sekarang ini sedang sibuk berkempen dan berusaha meraih sokongan dari penduduk Kajang seramai yang mungkin sebelum tiba hari pengundian 23 Mac ini. Dalam keghairahan calon-calon parti politik bertanding ini cuba meraih undi di saat akhir, telah berlaku dua kejadian yang memalukan menimpa calon PKR yang terkenal dengan gelaran pelakon 'air mata buaya' iaitu Wan Azizah bersama anak sulunganya. Kedua anak beranak ini telah dihalau dan dimalukan oleh pengundi yang ditemui ketika sedang ghairah berkempen. Menurut tulisan beberapa buah blog pro Kerajaan, Wan Azizah dihalau oleh pemilik gerai makanan Melayu kerana geram dengan sikap bekas ahli parlimen Permatang Pauh tersebut yang hanya bermulut manis semasa meraih undi tapi buat tak peduli setelah diundi. Pemilik gerai makanan tersebut juga memberitahu dirinya berasal dari Pulau Pinang dan pernah berniaga di Bandar PERDA dalam kawasan parlimen Permatang Pauh, namun terpaksa merempat di Kajang demi mencari rezeki setelah dihalau keluar tanpa sebarang pembelaan dari wakil rakyat pada masa itu. Mungkin sebab inilah pemilik gerai begitu marah dengan Wan Azizah. Tak ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi. Nasib malang yang menimpa Wan Azizah turut diwarisi anak sulungnya, Nurul Izzah. Ketika sedang berkempen di Taman Mesra Kajang, anak perumpuan Anwar Ibrahim itu telah diherdik dengan panggilan 'Haramjadah' dari seorang makcik yang kecewa dengan sikap wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak datang membela nasib peniaga Melayu di kawasan itu apabila pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) merobohkan gerai milik mereka tanpa belas kasihan. Walaupun tempoh perobohan gerai-gerai Melayu di Taman Mesra sudah lama berlalu. Namun ia tetap kekal dalam ingatan malah kesan aktiviti meroboh gerai milik orang Melayu itu juga masih dapat dilihat dengan ketara hingga ke hari ini. Manakala kedai-kedai Cina yang juga berstatus haram di tepi jalan menganggangu lalu laintas, dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil oleh petugas MPK. Jika dahulu, ke mana sahaja Wan Azizah dan anaknya pergi tidak kira ceruk kampung mana sekalipun kalau anak beranak ini masuk, pasti mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat atau orang perseorangan yang dikunjungi. Tapi sekarang tidak lagi, rakyat sudah muak dengan lakonan serta sikap munafik pemimpin PR yang sering memperbodohkan rakyat sebagai alat pemuas nafsu politik dan kepentingan peribadi masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment