Monday, 10 March 2014

#PRK Kajang: Kerusi DUN Belum Tentu Milik PKR......!!!

Kerusi DUN Kajang belum tentu menjadi milik PR sekalipun Wan Azizah menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR mempunyai pengaruh yang kuat. Pengerusi Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping berkata, sikap PKR yang seolah-olah menjadikan isu pengosongan kerusi DUN Kajang sebagai perkara main-main boleh menggugat keyakinan rakyat memberi peluang kedua kepada parti itu.“Peletakan jawatan ADUN Kajang sebelum ini tidak munasabah, seolah-olah mereka menganggap pilihan raya ini main masak-masak".“Isu ini juga turut menimbulkan rasa tidak setuju rakyat terhadap tindakan PKR. Jadi, tidak tahulah sama ada rakyat mahu sokong Wan Azizah sebagai proksi Anwar atau tidak".“Biarlah orang tempatan menilai sendiri sikap PKR yang sanggup menyusahkan rakyat kerana masalah dalaman mereka dan membazir wang,” katanya. Beliau berkata, kepercayaan rakyat terhadap PKR juga boleh terhakis akibat beberapa kelemahan yang dikenalpasti dalam pentadbiran Kerajaan PR khususnya di Selangor, setelah memasuki tempoh penggal kedua di negeri itu. Menyentuh perkara sama katanya, pemilihan Wan Azizah sebagai proksi dan mangsa kerakusan politik Anwar sebagai calon juga dilihat tidak begitu sesuai dan laluan boleh diberikan kepada individu lain.“Sepatutnya berilah kepada orang lain, pemimpin lain, kalau semua dia sekeluarga mahu ‘sapu’, itu tidak berapa betullah,” katanya.

No comments:

Post a Comment