Sunday, 2 March 2014

#PRK Kajang: Anwar Tidak Hargai Sokongan Kaum Cina......!!!

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa memikirkan sokongan pengundi terutama di kalangan bukan Melayu kepada pembangkang. Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Saie Kie berkata kehadiran Anwar di Kajang jelas menunjukkan PKR tidak menghargai sokongan pengundi Cina sehingga sanggup mengorbankan kerusi yang diwakili oleh kaum Cina bagi memberi laluan kepada Anwar.“Mengapa Anwar memilih Kajang yang diwakili oleh wakil rakyat berbangsa Cina, mengapa beliau tidak memilih DUN PKR yang diwakili oleh wakil rakyat Melayu".“Tindakan yang dilakukan Anwar itu menunjukkan bahawa dia tidak yakin boleh memenangi jika bertanding di kawasan yang majoriti pengundi Melayu, ini menunjukkan Anwar sudah merasai bahang bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada orang Melayu".“Apa yang dilakukan Anwar itu menunjukkan bahawa beliau tidak menghargai sokongan pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina yang banyak membantu Pakatan Pembangkang untuk menawan Selangor sejak 2008,” katanya. Heng Saie Kie mengesa pengundi kaum Cina di Kajang sedar dengan permainan politik yang dilakukan oleh PKR dan Anwar, di mana mereka lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada memperjuangkan nasib rakyat.“Semua orang tahu, kehadiran Anwar di PRK Kajang ada kaitan dengan masalah dalaman politik di Selangor yang membabit Menteri Besarnya , Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali".“Yang menjadi persoalannya, mengapa rakyat dan pengundi harus dibabitkan dengan masalahan dalaman parti, apakah rakyat akan terus menjadi mangsa akibat permainan politik sebegini".“Oleh itu, pengundi di Kajang perlu menolak kepimpinan sebegini yang menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk mencapai cita-cita peribadi individu tertentu serta menyelesaikan permasalahan di kalangan mereka,” katanya. Beliau berharap, pengundi PRK Kajang pada 23 Mac nanti tidak akan memilih pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri bukannya untuk kepentingan rakyat. Matmerapu juga berpendirian sama, pengundi Kajang terutama kaum Cina perlu menghukum calon PKR pada 23 Mac nanti.

No comments:

Post a Comment