Friday 14 March 2014

#PRK Kajang: Nombor Telefon Pimpinan KEADILAN Digodam.......!!!???

KEADILAN sengaja mendakwa bahawa telah menerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah digodam (hacked). Didakwa banyak SMS yang menyerang parti komponen Pakatan Rakyat, yang kononnya telah dihantar oleh pimpinan KEADILAN. Pimpinan parti tidak pernah menghantar sebarang mesej sebegitu, dan KEADILAN menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat. Usahlah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah! Matmerapu melihat lakonan dan sandiwara ini sengaja ditimbulkan bagi meraih simpati pengundi Kajang terhadap calon PKR. Adalah diharap agar pengundi Kajang tidak mudah terpedaya dengan strategi dan taktik lapuk pihak pembangkang.

No comments:

Post a Comment