Thursday, 13 March 2014

#PRK Kajang: Manifesto Baru Pembangkang......!!!

Pengundi di DUN Kajang dinasihati agar tidak terpedaya dengan janji manifesto baru pakatan pembangkang, ketika janji yang dibuat semasa PRU13 yang lalu, belum mampu ditunaikan. Janji baru itu umpama sekadar ‘umpan’ bagi memperdaya pengundi untuk memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipertaruhkan bagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada PRK 23 Mac ini. Ketika janji PRU13 lalu belum mampu ditunaikan, mereka datang lagi dengan janji baharu. Persoalannya, kenapa perlu buat manifesto baharu sedangkan janji lama pun tidak dilaksanakan. Adalah diharap pengundi di Kajang tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan janji manis dalam manifesto PKR itu,antara lain menumpukan menangani kesesakan lalu lintas, membanteras jenayah, pembangunan anak muda dan usahawan kecil yang dilancarkan. Pengundi harus memberi sokongan penuh kepada calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun yang berdisiplin, mempunyai komitmen tinggi dan boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk membela pengundi Kajang. Chew boleh menjadi jambatan antara rakyat dan Putrajaya, Chew tidak perlu fikir mengenai Permatang Pauh, PKR atau suami sebaliknya dia boleh memberi tumpuan kepada rakyat di Kajang.

No comments:

Post a Comment