Wednesday, 26 March 2014
#PRK Balingian: Adenan Gembira Dua Puak SUPP Sedia Berdamai......!!!
Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem gembira dengan kesediaan dua pihak bertelagah dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk berdamai dan ia mungkin memberi peluang cerah untuk parti tertua di Sarawak itu tidak dibatalkan pendaftaran. Ketika menghadiri majlis masyarakat Cina di sebuah hotel, Adenan mahu Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin dan Pengerusi SUPP Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh bermaaf-maafan atas semangat BN. “Masyarakat Cina sudah jemu dan letih tengok pemimpin- pemimpin mereka bergaduh. Cukup-cukuplah,” katanya berucap pada majlis yang turut dihadiri dua pemimpin itu.
SUPP berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak berpuas hati dengan jawapan surat tunjuk sebab pada Januari lepas. Manakala dua cawangan parti itu, Piasau dan Bekenu telah dibatalkan pendaftaran kerana melanggar Perlembagaan parti dalam proses pemilihan peringkat cawangan pada 2011. SUPP berpecah kepada dua puak menjelang Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) 2011 dengan Wong memimpin satu kumpulan, manakala satu lagi dipimpin oleh Chin. Menurutnya, parti yang kuat sukar untuk digugat dan dapat menunjukkan teladan baik kepada masyarakat diwakilinya.
"Sarikei, Piasau, Batu Kawah (sekadar menyebut beberapa kerusi pilihan raya ditandingi SUPP) mungkin tidak akan kalah di tangan parti lawan jika (SUPP) tidak bergaduh. Mereka menang bukan sebab mereka menang tetapi kita pukul muka sendiri,” ujarnya. “Untuk menyelamatkan SUPP itu adalah yang paling mustahak,” tegasnya. Sementara itu, berucap pada majlis berkenaan, Adenan berkata hanya mereka yang ada mata tetapi buta dan ada telinga tetapi pekak yang mengatakan Mukah atau kawasan DUN Balingian tidak membangun. Beliau menyelar golongan yang menuduh kerajaan BN gagal melaksanakan pembangunan di Mukah kerana gagal melihat perubahan besar kawasan itu selama ini. Menurutnya, golongan berkenaan sengaja menafikan usaha pembangunan di kawasan yang pernah diwakili bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mulai Pilihan Raya Negeri 2001.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment