Friday, 14 March 2014
#PRK Kajang: 'Kajang Move' Untuk Tukar MB Selangor Masih Agenda PKR - Azmin
Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding bagi PRK Kajang tidak menghentikan ‘Kajang Move’ - langkah PKR Selangor untuk menggantikan Menteri Besar Selangor. Perkara ini disahkan oleh Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan bahawa ‘Kajang Move’ masih relevan sebagai salah satu taktik dan strategi menghadapi PRK Kajang menjelang 23 Mac ini. Perkara itu adalah matlamat utama dari awal sejak bekas ADUN Kajang, Lee Chin Ceh mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan mengambil alih kedudukan Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.“Memang langkah Kajang ini ialah untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Strategi Langkah Kajang tetap menjadi agenda PR. “Saya mewakili Keadilan dan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar sudah mengesahkan dalam ucapan penggulungan beliau pada konvensyen Pakatan Rakyat bahawa Kajang Move akan kekal sebagai strategi Pakatan Rakyat,” kata Timbalan Presiden PKR itu. “Masa hari konvensyen itu, ada sidang media yang Khalid duduk di sebelah Anwar, dan saya duduk di sebelah kiri Anwar, wartawan tanya Datuk Seri Anwar, sekarang you tak boleh bertanding, apa jadi dengan posisi Menteri Besar? “Anwar sudah jelaskan bahawa Kajang Move akan diteruskan,” katanya. Matlamat jangka pendek buat PKR sekarang adalah untuk memastikan kemenangan besar mereka di Kajang sebelum berbincang dengan parti komponen PR yang lain mengenai langkah seterusnya bagi menawan Putarajaya.“Kita akan pastikan Dr Wan Azizah menang besar dan kita akan duduk bersama PAS dan DAP untuk langkah selanjutnya,” jelasnya lagi. Anwar yang sebelum ini merupakan calon PKR bagi PRK Kajang telah digantikan oleh isterinya ekoran keputusan Mahkamah Rayaun menyebabkan beliau hilang kelaykan untuk bertanding menjadi ADUN Kajang. Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar kerana didapti bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dua hari selepas hukuman mahkamah dijatuhkan, PKR mengambil keputusan meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk menggantikan Anwar dan meneruskan Kajang Move seperti yang direncanakan PKR sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment