Sunday, 16 March 2014

DAP Terus Bersekutu Dengan Penjenayah.....!!!???

Menipu dan memutar belit fakta adalah sebahagian dari resam menjadi pemimpin dan ahli politik pakatan pembangkang, tetapi Anwar Ibrahim adalah penipu yang paling besar. Cita-cita dan sikap tidak ambil pedulinya hanya akan menyebabkan orang Melayu berhadapan dengan kerugian yang besar. DAP, Karpal malah kebanyakan kaum lain tahu dan pasti bahawa Anwar memang bersalah namun mereka memilih untuk membiarkan perkara ini. Mungkin pada mereka politik dan perkara peribadi seperti ini tidak perlu dicampuradukkan. Mungkin juga mereka dapat menerima ini sebagai norma dalam kehidupan harian mereka. Mungkin juga ia adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan nilai budaya serta kepercayaan mereka. Harus diingat bahawa Karpal adalah antara orang yang mula-mula membangkitkan isu liwat Anwar Ibrahim di Parlimen malah Karpal adalah peguam yang mewakili mangsa ‘hobi’ Anwar iaitu Azizan Razak. Kini Karpal memilih untuk menjadi ‘pembela’ kepada Anwar, ianya hanyalah satu lagi strategi politik DAP yang melihat kebergunaan Anwar untuk mereka. Ramai juga di kalangan orang Melayu yang tahu dan percaya bahawa Anwar bersalah dan memilih untuk mengambil pendekatan yang sama seperti kaum lain. Tetapi bagi orang Melayu dan Muslim, perlakuan serta minat ‘peribadi’ Anwar ini adalah melanggar norma. Ia adalah sesuatu yang sememangnya terkeluar dari resam serta asas kepercayaan. Anwar telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang sangat mudah untuk dimanipulasi dan dengan peluang yang terbuka seluas-luasnya, pelbagai pihak menggunakan keadaan ini bagi memastikan Anwar berfungsi sebagai alat bagi mereka mencapai cita-cita mereka pula.Tidak adil menyalahkan DAP sepenuhnya kerana mengambil peluang yang ada bagi memastikan umum terutamanya orang Melayu menerima agenda politik mereka. Anwar yang merelakan dirinya menjadi ‘jambatan’ bagi merealisasikan semua ini. Kenyataan dalam politik terutamanya di Malaysia, sekiranya seseorang atau sesuatu dapat digunakan bagi mendapat sokongan serta simpati umum, maka ia akan digunakan sepenuhnya, tanpa kesal. Di mata DAP, Anwar adalah senjata paling sempurna bagi meraih sokongan golongan Melayu yang bersungguh-sungguh mahukan perubahan dan sanggup untuk menyokong Anwar dalam apa jua keadaan. Mereka menyogok idea bahawa Anwar adalah epitome kepada perubahan yang mereka mahukan selama ini dan menjual imej Anwar sebagai pemimpin liberal yang mampu melonjakkan kedudukan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Maka ramailah yang termakan dengan penipuan ini. Tanpa sedar mereka hanyalah menyokong perjuangan peribadi Anwar yang tidak berhenti mengidamkan Putrajaya serta membantu menguatkan lagi dominasi dan pengaruh DAP dalam Pakatan Rakyat. Kesaksamaan yang mereka mahukan hanyalah topeng untuk memastikan orang Melayu menyokong mereka dan terus berpecah belah sesama sendiri. DAP menyatukan orang Cina sementara orang Melayu sibuk berbalah sesama sendiri.Jika mereka mahu terus menggunakan Anwar serta pengaruhnya sebagai platform untuk menerapkan ‘nilai-nilai’ yang pada mereka murni dan dibolehkan, juga bagi mendapatkan sokongan orang Melayu maka terpulang kepada orang Melayu sendiri untuk memilih. Apa yang pasti, bagi mereka, peliwat seperti Anwar boleh diterima sebagai pemimpin asal saja mereka dapat memperolehi sesuatu daripadanya. Adakah sebagai orang Melayu dan juga Muslim harus menerima yang sedemikian sedang perlakuan seperti itu tidak ada tempat dalam kepercayaan agama? Sampai bila mahu terus dibutakan mata dan hati untuk menilai bahawa Anwar hanya memperjuangkan cita-cita peribadinya? Sampai bila baru boleh menerima kenyataan bahawa Anwar tidak ubah seperti satu karakter wayang kulit yang hanya bergerak menurut cerita dan kemahuan tok dalang? Adakah Anwar tidak sedikit pun merasa bersalah kepada umum yang menyokongnya kerana membiarkan dirinya diperalatkan oleh DAP? Tidakkah Anwar punya rasa malu kerana sering berdolak-dalik dalam setiap tutur dan perbuatannya? Sudah-sudahlah, Anwar bukanlah penyelamat yang rakyat semua perlukan, dia hanya seorang lagi pemimpin yang mementingkan survival politiknya tanpa mengira harga yang perlu dibayar oleh rakyat atas apa yang dia percaya sebagai sebuah perjuangan. Dakyah bahawa Anwar adalah lebih baik dari pemimpin-peminpim dalam UMNO/BN hanyalah ilusi yang dicipta bagi terus mengaburi mata penyokong-penyokongnya. Tidak perlu membabi buta percaya kepada apa yang dipanggil sebagai reformasi, kerana reformasi bagi Anwar hanyalah satu slogan.

No comments:

Post a Comment