Sunday, 16 March 2014
#PRK Balingian: Dijangka Pertandingan Satu Lawan Satu.......!!!
PRK bagi kerusi DUN Balingian, yang kosong berikutan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb, dijangka menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PKR. Perjalanan PRK ini akan bermula dengan proses penamaan calon pada 17 Mac ini bagi mereka yang akan bertanding di kawasan majoriti suku kaum Melanau itu.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata tempoh penamaan calon adalah dari pukul 9 hingga 10 pagi dan calon yang ingin mengemukakan borang pencalonan dinasihati membawa bersama wang pertaruhan RM5,000, seorang pencadang dan seorang penyokong.“Kami menjangka semua urusan penamaan calon berjalan lancar dan berharap calon yang akan bertanding bagi kerusi ini dapat diumumkan sejurus selepas berakhirnya tempoh penamaan calon,” katanya. Takun berkata para penyokong calon dinasihati mematuhi arahan polis bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yossibnosh Balo, 47 sebagai calon BN bagi PRK Balingian. Dalam pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan Suriati Abdullah (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi. Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar, dengan Melanau/Melayu merupakan kumpulan majoriti iaitu sebanyak 7,705 orang atau 57.65 peratus, Iban 3,875 (28.99 peratus), Cina 1,683 (12.59 peratus), Orang Ulu 29 (0.22 peratus) Bidayuh 19 (0.14 peratus) dan kaum lain 55 (0.41 peratus).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment