Monday, 10 March 2014

#PRK Kajang: Beza Antara Wan Azizah & Mei Fun......!!!???

Wan Azizah sudah dinamakan sebagai bakal calon PRK DUN Kajang menggantikan suaminya, Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Keadaan ini adalah sama dengan keadaan yang pernah berlaku ketika Anwar dipenjara pada tahun 1999 dulu. Masa tu, Anwar masuk ke "dalam", maka Kak Wan ambil alih bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar. Episod yang sama, cuma dalam "chapter" yang berlainan. Itu komen mengenai pencalonan Kak Wan ni...!!! Kali ini Kak Wan dan seluruh jentera Pakatan Pembangkang akan mainkan "strategi lama", iaitu "Menagih Simpati".Strategi ini cukup ampuh masa digunakan di Permatang Pauh pada PRU 1999 dan PRU 2004.Kak Wan menang dengan taktik ini. Kali ni ia bakal berulang di Kajang. Bezanya ia berlaku di peringkat DUN dan bukan Parlimen dan ia juga berlaku di Selangor dan bukan di Pulau Pinang, berbeza sedikit dari sudut pecahan pengundi mengikut kaum. Adalah diyakini, selain taktik "raih simpati", strategi sampingan juga akan cuba dilakukan oleh Pakatan Pembangkang. PAS mungkin akan cuba tarik pengundi Melayu dan DAP seperti biasa akan cuba monopoli undi golongan bukan Islam, terutama Cina. Ramai tidak memandang rendah pada Kak Wan. Airmatanya mampu menagih undi. Sedangkan Chew Mei Fun tidak punya alasan hendak mengalirkan airmatanya. Suami Mei Fun bukan seorang peliwat yang dipenjara. Kak Wan dikatakan berdarah Korea manakala Mei Fun memang berdarah Cina tulen. Namun kedua-dua mereka "bermata sepet". Tdak pasti sama ada Kak Wan mampu berbahasa Cina seperti Mei Fun. Persoalannya, apakah undi kaum Cina di Kajang akan tetap bersama Anwar dan Kak Wan? Apakah mereka akan tetap beri undi pada Pembangkang dan sanggup mengotorkan diri sendiri dengan berketuakan seorang yang terbukti dengan kesalahan meliwat. Mungkin ada di kalangan orang Cina yang dapat menerima Soi Lek kerana kesalahan moralnya sebelum ini adalah "normal" bagi masyarakat itu. Maksud saya, "normal" la kalau lelaki berfoya-foya dengan wanita cuma yang kurang normalnya adalah dari sudut moral. Berbeza dengan Soi Lek, Anwar boleh dianggap langsung tidak normal sama ada dari sudut "normal lelaki" mahu pun moral. Adalah bersalahan dengan sifat tabii norma kejadian lelaki untuk punya hubungan seksual dengan seorang lelaki lain, apatah lagi dari sudut moral, salah sama sekali....!!! Sebab itu ingin bertanya, apakah kaum Cina akan memberi undi simpati pada isteri seorang peliwat? Apakah mereka tidak kisah dengan tabiat jijik Anwar dan termakan dengan tipu daya peliwat itu cuba menyembunyikan "rahsia gelap"nya? Apakah kaum Cina di Kajang tidak kisah untuk memilih seorang isteri yang terpaksa menebalkan muka, bermuka tembok dan menahan malu akibat perbuatan sumbang suaminya? Paling penting, apakah kaum Cina di Kajang begitu senang diperbodohkan kali ini? Itu persoalan utama...pengundi Cina adalah diseru untuk memprotes dan boikot calon PKR semasa hari pembuangan undi pada 23 Mac nanti.

No comments:

Post a Comment