Sunday, 16 March 2014

#PRK Balingian: Ujian Pertama Ketua Menteri Sarawak.......!!!

Keputusan PRK kerusi Balingian bakal membawa impak besar kepada senario politik negeri kerana ia dijadikan kayu pengukur sokongan terhadap kepimpinan baru kerajaan negeri diterajui Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini adalah PRK yang pertama dihadapi Adenan maka amat penting pengundi menunjukkan sokongan padu bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak. “Saya berharap dalam PRK Balingian (nanti), pengundi menunjukkan sokongan padu dengan memberi kemenangan kepada calon BN,” katanya selepas mengumumkan calon BN bagi PRK Balingian di Mukah. Bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo, 47, dipilih menjadi calon BN pada PRK Balingian dengan hari pengundian ditetapkan pada 29 Mac ini manakala penamaan calon pada 17 Mac. Kerusi DUN Balingian kosong apabila penyandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan Ketua Menteri pada 28 Feb lepas dan kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Muhyiddin berkata, keputusan PRK Balingian tidak akan dijadikan sebagai pengukur tahap sokongan rakyat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya DUN akan datang.“Masih jauh lagi pilihan raya DUN tetapi semua pilihan raya kecil kita anggap penting,” katanya. Tempoh kerajaan negeri sekarang akan berakhir pada 20 Jun 2016. Terdahulu semasa pengumuman calon BN, Muhyiddin mahu calon BN bagi Balinginan menang dengan majoriti lebih 6,000 undi berbanding lebih 5,000 undi sebelum ini. Dalam pilihan raya DUN 2011, Abdul Taib mengekalkan kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan calon PKR Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi.

No comments:

Post a Comment