Monday, 10 March 2014
#PRK Kajang: Pembangkang Tanya, BN Jawab.......!!!
1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang.
JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless....
2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah.
JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu itu kenapa tidak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 – 0.
3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.
JAWAB: Semua peguam mengambil upah di atas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguambela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang.
4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak.
JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka hendak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham?
5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat.
JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la hendak cakap. Kau punya maki hamun siang malam di Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak bagi pada orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment