Sunday 16 March 2014

#PRK Balingian: Mampukah PKR Buat Kejutan.....!!!???

PKR mendakwa kononnya akan membuat kejutan di PRK Balinguan dengan memberikan tentangan sengit kepada BN. Calon yang dikemukakan oleh PKR kali ini turut didakwa adalah seorang yang berwibawa. PKR Sarawak menamakan Setiausaha Cabang Bintulu parti itu, Abdul Jalil Bujang bagi mencabar calon BN, Yussibnosh Balo dalam PRK Balingian pada 29 Mac ini.Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Sibu. Abdul Jalil, yang kedua ibu bapanya berasal daripada Mukah dan merupakan bekas eksekutif Petronas. Beliau sekarang bekerja sebagai ahli perniagaan di Bintulu. Yussibnosh pula adalah bekas pegawai daerah di Dalat.Matmerapu menjangka bahawa PKR langsung tidak mempunyai peluang untuk menang malah Matmerapu yakin calon BN bakal menang besar dengan memperoleh majoriti undi sekitar 6,500.

No comments:

Post a Comment