Sunday, 2 March 2014

Anwar Diketawakan, Langat 2 Diteruskan......!!!

Ego kerajaan negeri Selangor yang selama ini begitu degil kerana tidak mahu mendengar nasihat ramai pakar bahawa negeri terkaya di semenanjung itu bakal berdepan masalah kekurangan bekalan air mentah pada tahun 2015 akhirnya berjaya ditundukkan dengan termetrainya perjanjian persefahaman (MOU) penstrukturan semula industri air Selangor di antara kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan sekaligus memberi laluan kepada pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang tertangguh sejak sekian lama. Ini merupakan berita baik dan juga rahmat dari Allah buat rakyat Selangor di sebalik musim kemarau yang melanda. Dengan temetrai perjanjian persefahaman ini juga diharap dapat memberi kelegaan hati ramai pihak setelah sekian lama tersepit akibat permainan politik serta dola-dalik pemimpin Pakatan yang menerajui petadbiran kerajaan negeri. Di saat rakyat Selangor sedang menzahirkan rasa bersyukur mereka di atas 'perjanjian damai' di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berkenaan isu air di Selangor, Matmerapu yakin pasti ada pihak lain sedang berduka dan tidak gembira dengan berita ini. Tindakan 'sabotaj' Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memberi laluan kepada kerajaan pusat meneruskan pelaksanaan projek logi rawatan air Langat 2 sedikit sebanyak telah merencatkan agenda pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat yang berharap sangat projek ini digagalkan supaya kerajaan pusat terus dipersalahkan. Matmerapu rasa, individu yang paling bengkek sekali dalam isu air ini ialah Anwar Ibrahim. Anwar sudah dapat menghidu segala tindakan Khalid Ibrahim sejak menjadi Menteri Besar telah banyak merugikan Pakatan dari sudut politik. Mungkin dengan sebab inilah Anwar beriya-iya mahu bertanding di Kajang dalam PRK yang akan berlangsung pada 23 Mac depan untuk menggantikan Khalid Ibrahim selaku bendahara negeri. Bagi siapa yang cukup mengenali Anwar pasti tahu bahawa manusia yang diberi gelaran 'Anugerah Tuhan' ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-cita politiknya tercapai dan tidak mustahil jika perjanjian persefahaman yang baru ditandatangan ini akan cuba digagalkan dengan apa jua cara sekalipun sekiranya Anwar diperkenan Sultan Selangor menjadi Menteri Besar. Matmerapu boleh katakan bahawa nasib seluruh rakyat Selangor ditentukan oleh pengundi DUN Kajang. Matmerapu berharap pengundi DUN Kajang tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan Tun Mahathir dahulu kerana memilih Anwar menjadi orang kepercayaanya. Jangan kerana Anwar seorang, habis satu Selangor ditimpa bala.....!!!

No comments:

Post a Comment