Tuesday, 18 March 2014
PRK Balingian: Ada Dakwaan AJK Cawangan PBB Balingian Khianati Parti....!!!???
Matmerapu agak terkejut dan terkilan sekiranya apa yang dilaporkan adalah benar. Di mana pencadang dan penyokong calon PKR adalah merupakan dari kalangan AJK PBB Cawangan DUN N.51 Balingian. Biarpun ini bukanlah suatu perkara yang baru namun sekiranya benar berlaku maka Parti PBB harus memgambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat kerana membelakangi Parti dan juga tidak keterlaluan juga jika kita sifatkan sebagai pengkhianat. Ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia bahkan pernah terjadi dalam mana-mana pilihan raya sehingga mencetuskan tindakan tatatertib dan disiplin terhadap mereka yang memihak kepada pembangkang. Tidak seperti di PRK Kajang, PRK Balingian sekali lagi akan melihat kejadian yang sama berlaku di mana pencadang dan penyokong pihak lawan terdiri daripada AJK BN. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah mengumumkan Haji Abdul Jalil bin Bujang berasal dari Bintulu sebagai calon PKR di PRK Balingian.
Difahamkan, Basri bin Bokhari berasal daripada PBB akan bertindak sebagai pencadang manakala Narawi bin Seni akan bertindak sebagai penyokong semasa penamaan calon PKR. Kedua-dua pencadang dan penyokong itu merupakan saudara mara yang tinggal di Kampung Lintang, Balingian dan mempunyai pertalian keluarga dengan calon PKR DUN Balingian. Persoalannya, mengapa mereka berdua ini sanggup membelakangi BN-PBB sehingga mahu menjadi pencadang dan penyokong PKR? Apakah ini hanya kerana semata-mata kerana pertalian keluarga atau tidak berpuas hati terhadap PBB di Ranting atau Cawangan PBB Balingian?
Berdasarkan kepada pengalaman politik, ternyata ia memihak terhadap calon PKR hanya kerana beliau pernah bertanding dalam PRN Sarawak tahun 2011. Begitupun calon BN tidak kurang hebatnya kerana mempunyai pengalaman dalam bersemuka dengan rakyat semasa menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Dalat dan sangat dikenali rakyat berbanding calon PKR yang bukan anak tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment