Thursday 20 March 2014

#PRK Kajang : Wan Azizah Hasut Kaum India Bencikan PDRM......!!!???

Wan Azizah jelas menghasut kaum India supaya terus membenci pasukan Polis yang mereka takrifkan sebagai Kerajaan Barisan Nasional. Memang amat mengejutkan apabila menonton video PRK Kajang :- Wan Azizah Dakwa PDRM Prejudis Terhadap Orang India. Ianya merupakan ceramah Wan Azizah di Pangsapuri Murah Seri Indah, Taman Indah Sungai Jelok pada 19 Mac 2014 jam 8 p.m. Salah satu isu yang cuba dibangkitkan oleh Wan Azizah kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia sering menahan orang (kaum India) di tepi jalan begitu sahaja. Ini merupakan satu pertuduhan yang berupa hasutan yang amat jelas cuba mencetuskan api kebencian dan api perkauman di kalangan masyarakat India di Malaysia. Tindakan Wan Azizah ini seolah-olah menunjukkan beliau berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga sanggup membawa isu yang cukup rendah nilai moralnya. Beliau seperti tidak bersedia untuk menjadi calon dengan membawa isu yang langsung tidak berasas sama sekali. Ianya benar-benar “insult her intelligence”. Tidak sepatutnya seorang yang berpendidikan kedoktoran membuat tuduhan yang sungguh rendah nilainya seperti itu. Wan Azizah juga menuduh PDRM mendera semua tahanan terutama kaum India di dalam lokap. Beliau cuba membawa isu Kugan untuk mencetuskan provokasi perkauman. Kugan Ananthan merupakan tahanan polis yang mati dalam lokap pada 20 Januari 2009 di Balai Polis USJ 8 (Balai Polis Taipan), Subang Jaya, Selangor. Dia berusia 22 tahun dan disyaki anggota kumpulan samun. Nampaknya pakatan pembangkang terus membawa agenda mempertahankan penjenayah dan memburukkan anggota polis (kerajaan Malaysia). Disamping itu juga Wan Azizah seolah-olah berusaha menimbulkan persepsi dan menakutkan orang Malaysia berbangsa India bahawa Polis Diraja Malaysia prejudis terhadap mereka. Sebenarnya pakatan pembangkang agak gementar berhadapan dengan kaum India memandangkan mereka mempunyai rekod yang cukup buruk dalam menangani isu kaum India di Kampung Buah Pala. Segala sokongan kaum India untuk pakatan pembangkang pada PRU12 telah dibalas dengan kekejaman tragedi mereka di halau dari kampung halaman mereka sendiri. Sebenarnya bukan sahaja masyarakat India ditindas di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, malahan orang Melayu yang seagama dan sebangsa dengan Anwar Ibrahim juga turut dihalau dari kampung halaman mereka. Maka para peniaga yang telah dihalau ini yang kebetulan berniaga di Kajang telah bertindak menghalau Wan Azizah dan Nurul Izzah yang hanya muncul disaat PRU dan PRK untuk menipu undi dari rakyat. Sebenarnya tindakan Wan Azizah cuba mendapatkan sokongan kaum India dengan menggunakan isu jenayah memang melampau. Ini seolah-olah menghina kaum India dari satu sudut statistik jenayah kononnya dimonopoli oleh kaum India. Beliau tidak menyedari bahawa kaum India di negara kita ramai yang menjalani kehidupan yang sihat dan berjaya dalam karier masing-masing. Malahan Ananda Krishnan merupakan kaum India adalah salah seorang yang terkaya di Malaysia. Dalam beberapa siri ceramah Wan Azizah, amat ketara beliau sudah tidak mampu berkempen sebagai calon PRK Kajang demi permintaan suami beliau yang merupakan seorang penjenayah. Faktor usia Wan Azizah di samping ketidaksiagaan dalam menjadi calon PRK Kajang juga amat terserlah. Dengan erti kata lain, Wan Azizah tidak mampu berkhidmat untuk rakyat Kajang. Beliau sebenarnya lebih rela berfungsi sebagai ibu dan anak di rumah. Oleh itu rakyat Kajang perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya agar tidak salah mengundi. Sebarang kesilapan dalam membuat pemilihan bakal menyusahkan rakyat Kajang sendiri.

1 comment:

  1. kenapa perkauman dijadikan isu, adakah PR telah ketinggalan ide. sedarlah sikit.

    ReplyDelete