
Tuesday, 26 March 2013
PRU 13: Bekas Jeneral Bertanding Di Johor Lagi........!!!

PRU 13: Menilai dan Menganalisis Pertimbangan Sokongan Melayu
PRU 13 semakin hampir dan pasti akan diadakan jua melainkan Hari Khiamat! MatMerapu cuba menyelami "hati kecil" pengundi Melayu secara rawak bagi menilai pertimbangan sokongan mereka terhadap parti/calon yang bakal bertanding dalam PRU 13. Pertama: Melayu Bandar - Majoriti kelompok Melayu ini terdiri daripada golongan "Atas Pagar" yang mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat' segala perkembangan senario politik terutama mengenai pelbagai isu yang wujud. Mereka sudah semestinya mempunyai akses kepada maklumat secara meluas khususnya melalui landasan media baru (siber). Namun, kelompok ini juga yang dianggap paling terdedah kepada propaganda parti yang bakal bertanding. Walaupun terdedah, mereka juga berupaya untuk menilai akan kebenaran sebenar sesuatu propaganda tersebut. Selain daripada isu, kecenderungan sokongan mereka lebih dipengaruhi kepada faktor calon yang bertanding. Mana-mana parti yang berupaya menampilkan calon yang kredibel dan kompeten serta "bersih" dijangka dapat meraih sokongan mereka. Kelompok ini juga tidak mudah "disogok" dengan apa jua bentuk "pemberian" kerana pertimbangan sokongan mereka lebih condong kepada teras keupayaan calon yang dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwakili mereka. Kelompok Melayu ini tidak mudah diperdaya, ditipu, dibohongi dan jauh sekali diperalatkan. Arah kecondongan sokongan mereka tidak diperlihatkan secara jelas, faktor ini yang sering menghantui pelbagai pihak yang melaksanakan 'Kajian Sikap Pemilih Berdaftar'. Justeru, mana-mana parti yang berjaya memperjelaskan isu dan dapat menyangkal serangan pihak lawan secara berasas mampu mempengaruhi kelompok ini sekaligus membuka ruang untuk menempah kemenangan sempena PRU 13 nanti. Kedua: Melayu Pinggir Bandar - Sokongan kelompok Melayu ini terbahagi kepada dua.......satu kumpulan agak jelas memperlihatkan sokongan mereka secara ketara yang lebih menjurus kepada faktor kepartian manakala satu kumpulan lagi (sekitar 65% Melayu Pinggir Bandar) lebih cenderung kepada faktor-faktor yang diamalkan oleh kelompok Melayu Bandar. Mana-mana parti yang berjaya memenangi hati kumpulan kedua ini akan memberi kelebihan untuk menang. Ketiga: Melayu Luar Bandar/Pendalaman - Kelompok Melayu ini lebih cenderung kepada faktor "parti" asalkan calon yang dikemukakan merupakan "anak tempatan". Kecenderungan sokongan mereka akan berpihak kepada mana-mana parti yang mampu menyelesaikan masalah domestik mereka. Kelompok ini agak mudah dipengaruhi oleh parti memerintah malah amat susceptible kepada elemen "material". Kelompok ini walau bagaimanapun paling susceptible kepada faktor 'Islam' yang menjadi elemen sensitiviti dan keutamaan mereka selain daripada faktor peningkatan 'kualiti hidup'. Justeru, UMNO dan PAS mempunyai kekuatan dan kelebihan yang agak seimbang untuk mendapat undi daripada kelompok Melayu ini. Secara kesimpulannya, mana-mana parti yang berjaya mendapat sokongan pengundi Melayu (termasuk kawasan majoriti Cina dan Marginal)bakal memenangi kerusi yang ditandingi. Unsur sabotaj di kalangan pengundi Melayu terhadap mana-mana parti/calon yang bertanding sudah pasti mengundang padah kerana inilah "racun" yang paling berbisa......!!! Sekadar untuk direnungi oleh parti/calon yang bakal bertanding sempena PRU 13.
Monday, 25 March 2013
Tuntutan 22 Perkara Rakyat Kelantan Terhadap PAS!!!
KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI, KAMI RAKYAT KELANTAN BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT PADA PRU 13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN PENGORBANAN YANG PALING BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN.
TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.
TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN BADAN HISBAH DAN MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.
TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.
TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI.
TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.
TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG.
TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.
TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING).
TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.
TUNTUTAN KE SEPULUH (10)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL.
TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.
TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.
TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.
TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.
TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.
TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.
TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.
TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.
TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.
TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN.
TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.
TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA
Menilai Janji Anwar Di Selangor......???
Menariknya tentang PKR, mereka bebas bersuara dan saling mengingatkan sekiranya ada pemimpin yang lupa dengan apa yang pernah dikatakan atau dijanjikan. Dalam mesyuarat strategik pilihan raya negeri Selangor, berlakulah satu mesyuarat yang jujur dan telus. Semuanya diluahkan tanpa ada sebarang sekatan. Boleh kutuk dan kaitkan siapa sahaja.
Secara kebetulan, seorang Doktor (orang luar) turut dijemput dalam mesyuarat berkaitan, memberikan pandangan yang bebas mengenai masalah dalam PKR. Doktor ini mengingatkan bagaimana PKR sebenarnya sudah banyak meninggalkan janji pilihan raya tahun 2008. Doktor itu turut mengingatkan bagaimana faktor ini akan memberikan impak kepada kerusi-kerusi yang melibatkan kawasan sederhana dan kumpulan profesional. Sebagai contoh, Bangi akan terkena tempias.
Doktor itu menerangkan bagaimana beberapa perkara pokok masih gagal dilaksanakan oleh Pakatan Pembangkang di Selangor:-
Pertama: Janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
Kedua: Elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
Ketiga: Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak, RM 75 sebulan
Keempat: Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kelima: Elaun khas ibu tunggal
Keenam: Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
Ketujuh: Bantuan geran untuk perniagaan
Kelapan: Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
Kesembilan: Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi,
Semua yang hadir dalam mesyuarat berkaitan tertunduk malu. Hanya Azmin sahaja yang menjawab. "Semua yang belum dilaksanakan akan dibawa ke dalam Manifesto baru".
Doktor itu tidak berpuas hati dengan menegaskan bahawa Manifesto yang tidak ditunaikan adalah satu penipuan kepada rakyat. Akhirnya, mesyuarat ditangguh begitu sahaja. Kepimpinan PKR Selangor tidak sanggup lagi menerima feedback jujur pengundi.
Kerajaan Selangor pimpinan Anwar (selaku Penasihat) perlu kembali berfikir dan melaksanakan segala janji yang tidak tertunai. Ada juga dalam PKR yang segan silu bila isu-isu ini dibangkitkan oleh kumpulan neutral. Ramai yang kecewa dengan prestasi Pakatan Pembangkang setakat ini.
Sanggupkah Anwar berjanji lagi dengan rakyat......!!!??? Kita tunggu dan lihat sahaja rentak mereka.
*Nota: Doktor tersebut sudah dibanned oleh Azmin malah tidak akan dijemput lagi ke sebarang mesyuarat pembangkang.
Sunday, 24 March 2013
DAP Ubah Malaysia Jika Menang PRU 13
BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman mendedahkan bahawa DAP akan ubah Malaysia jika Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan Pusat:
1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.
2. Agama Rasmi Kristian.
3. YDPA/ YDPN perlu dilantik dari kalangan bukan Melayu.
4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan.
5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di P.Pinang sekarang ada arahan minta diperlahankan) kononnya azan mengganggu bukan Melayu terutama kaum Cina nak tidur di pagi hari.
6. Pertandingan Tilawah Al-Quran juga akan dihapuskan kononnya membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun tidak buat pertandingan sebegini.
7. Badan NGO berteraskan perjuangan dan kepentingan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).
8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.
9. Anak yang baru lahir tidak semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.
10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.
11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajar hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.
12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran Tun. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.
13. MARA akan dibubarkan kononnya didakwa jabatan RASIS hanya untuk orang Melayu semata-mata.
14. Syarikat GLC akan diterajui oleh orang bukan Melayu. Orang Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.
15. Lagu 'Negaraku' akan diubahsuaikan. Di Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu, ada dinyanyikan lagu Negaraku & bendera baru Malaysia.
16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana didominasi oleh orang Melayu sahaja.
17. Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.
18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangkan terutamanya kementerian pelajaran kerana nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.
19. Tiga agensi akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.
20. Good Friday dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.
21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.
22. DAP dapat 300 juta USD diberikan oleh yahudi & duit di"parking" di bank Singapura sementara menanti parlimen dibubarkan sempena PRU 13.
23. Pangkalan Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.
24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.
25. Wang zakat akan digunasama oleh orang bukan Islam.
26. Mahkamah Syariah dibubarkan.
27. DEB akan dimansuhkan.
28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).
29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sebagai Menteri di JPM.
30. Tanah perkuburan Islam di kawasan bandar akan dibangunkan.
MatMerapu berharap agar pengundi terutama orang Melayu menilai akan "niat kotor dan jahat" DAP. Jangan sesekali mempertaruhkan kesucian agama Islam dan kepentingan Melayu dimusnahkan oleh parti pembangkang bukan Melayu - DAP!!!
PRU 13: Pembangkang Hilang Kuasa Di Kedah
PRU 13 nanti akan membawa padah kepada Pakatan Pembangkang (PP) bukan sahaja di Selangor malah PP akan turut hilang kuasa di Kedah. BN diperhatikan dengan mudah dapat menawan kembali negeri jelapang padi ini dengan majoriti melebihi 2/3, sekitar 29 kerusi DUN (BN mengekalkan kemenangan 14 kerusi DUN pada PRU 12 dan berjaya merampas kembali tambahan 15 kerusi) daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi DUN. Ini bermakna PP akan mampu bertahan di 7 kerusi DUN sahaja meliputi N.4 Ayer Hitam, N.10 Bukit Pinang, N.15 Anak Bukit, N.18 Tokai, N.25 Bukit Selambau, N.31 Kupang dan N.33 Merbau Pulas. Kekalahan PP di Kedah bukanlah satu kejutan kerana sememangnya telah diduga di kalangan ramai pemerhati dan penganalisis politik tanahair. Negeri Kedah di bawah pentadbiran dan pemerintahan PAS sejak PRU 12, banyak menimbulkan kekusutan, kecelaruan,dibebani masalah dalaman parti (PAS)dan kerakusan men"dogol"kan tanah akibat pembalakan berleluasa. Rakyat Kedah akan kembali terbela pasca PRU 13 nanti di bawah pemerintahan Kerajaan BN, insya'Allah. Sesungguhnya tiada alternatif lain kepada rakyat melainkan BN jua untuk kemakmuran negeri Kedah.
PRU 13: Bekas Jeneral Calon Parlimen

Meninjau Mencari Kepastian........!!!???
MatMerapu sekadar ingin meninjau dalam mencari kepastian kepada dua persoalan yang menghantui MatMerapu. Semoga pengikut dan pelawat merapusakan.blogspot dapat membantu MatMerapu melalui komen. Pertama: Sama ada wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, mati mereka sebagai 'Syahid Dunia' atau 'Syahid Dunia-Akhirat'??? Kedua: Berasaskan kepada kenyataan Menteri KDN yang disiarkan melalui media bahawa 'Rakyat dan RELA merupakan first line of defence' dalam mempertahankan kedaulatan negara?....Betulkah rakyat (bukan dari kalangan pasukan keselamatan) dan RELA adalah first line of defence??? MatMerapu menanti "kepastian" daripada anda......!!!
Hari Polis Ke 206
MatMerapu ingin merakamkan jutaan TAHNIAH kepada seluruh lapisan warga PDRM sempena sambutan Hari Polis Ke 206 pada 25 Mac 2013. Takziah dan Al-Fatihah kepada balu dan keluarga wira negara PDRM yang telah terkorban dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam mempertahankan keselamatan negara. MatMerapu menyeru agar rakyat 1Malaysia memberi penghormatan dan pengiktirafan setimpal kepada warga PDRM. Kerjasama rakyat dalam membantu tugasan PDRM dengan bertindak sebagai "mata dan telinga" (pemberi maklumat atau whisle blower) amat dialukan demi membanteras segala elemen jenayah demi kepentingan bersama!!! Selamat Menyambut Hari Polis Ke 206.
PRU 13: BN Menawan Kembali Selangor
MatMerapu kagum dengan usaha dan "kerja kuat" BN Selangor menjelang PRU 13 akan datang.Usaha ini terlaksana secara bersepadu dan menyeluruh bagi "mengeluarkan rakyat Selangor daripada genggaman ketidakadilan kerajaan pembangkang". Azam BN ini amat bertepatan kerana Pakatan Pembangkang (PP) di Selangor semakin kecelaruan dan bermasalah serta biadap (celupar)malah tidak menepati janji mereka kepada rakyat.Sesungguhnya, rakyat Selangor tidak rela ditipu lagi oleh PP. Bagi PP, Manifesto bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan!!! Rakyat Selangor telah sedar kini akan kesilapan mereka "memberi kuasa" kepada PP pada PRU 12 dulu......mereka kesal bukan kepalang!!! Kesedaran ini telah membuat pengundi Selangor beralih sokongan berpihak kepada BN. Justeru, hasil pengumpulan maklumat daripada pelbagai pihak dan agensi, MatMerapu mendapati bahawa BN mempunyai peluang amat cerah untuk menawan kembali Selangor. Sempena PRU 13 nanti, BN dijangka memenangi kerusi DUN Selangor melebihi 2/3 majoriti sekitar 38 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor. BN dengan mudah dapat mempertahankan 20 kerusi yang dimenanginya pada PRU 12 malah berjaya menambah sebanyak 18 kerusi lagi sempena PRU 13. PP bakal memenangi 18 kerusi DUN sahaja di Selangor nanti. Inilah "hukuman" kepada PP yang telah menipu, memperdaya dan membohongi rakyat Selangor tanpa melunaskan pelbagai janji mereka. Pasca PRU 13, PP ibarat "ayam terlepas, tangan berbau tahi"......hahahaha!!!! MatMerapu mengucapkan Syabas kepada rakyat Selangor yang bijak memilih BN sempena PRU 13. MatMerapu turut berharap rakyat negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan turut menhukum PP demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat!!!
Cabaran Buat 5 Bekas Jeneral
Paparan artikel MatMerapu mendapat komen bercampur-campur dan terima kasih dirakamkan. MatMerapu akan publish semua komen yang dibuat oleh pengikut dan pelawat blog, insya'Allah!!! Ada juga komen yang menyifatkan MatMerapu cuba memfitnah.......ianya tidak benar sama sekali kerana segala yang dipaparkan adalah berteraskan kepada siasatan pihak pemberi maklumat dan juga melalui sumber MatMerapu yang begitu mengenali 5 bekas Jeneral tersebut. Persoalan yang perlu ditimbulkan......kenapa 5 bekas Jeneral berkaitan tidak menjawab akan segala dakwaan yang dibuat terhadap mereka??? MatMerapu mencabar mereka untuk memperjelaskan kepada rakyat bahawa mereka "agak bersih" terhadap segala dakwaan tersebut. Sebaliknya, 5 bekas Jeneral cuba mengalih perhatian kepada isu-isu rekaan mereka daripada "mempertahankan diri"......sebab apa??? kerana segala dakwaan terhadap mereka adalah BENAR dan TIDAK ADA yang TIDAK BENAR melainkan BENAR belaka!!!
Thursday, 21 March 2013
Senandung Makanan Telinga

Datuk Abd Hadi Khatab: Pendedahan Terkini.......!!!

Monday, 18 March 2013
Tindakan 5 Bekas Jeneral: Apa Kata Warga ATM & Bekas Tentera
Di sepanjang pertengahan bulan Feb dan Mac ini, MatMerapu agak kepenatan membuat kunjungan/lawatan/temubual dengan beberapa warga ATM dan bekas tentera bagi mendapatkan 'feedback' berkaitan tindakan 5 bekas Jeneral pro pembangkang yang kerap menyerang KEMENTAH/ATM dan kerajaan dengan pelbagai dakwaan. Intipati kenyataan warga ATM dan bekas tentera yang direkodkan adalah: Pertama: Lt Kol Ahmad Norizan (B) membantah sekerasnya tindakan 5 bekas Jeneral kerana bersikap 'anti-establisment' dan sanggup mereka-reka isu yang tidak berasas. Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap Jen Md Hashim (B) yang telah menafikan kenaikan pangkat dan kursus kerjaya tanpa alasan munasabah. Kedua: Mohd Shah(bukan nama sebenar tapi staf Kedutaan Malaysia di Pakistan)menyifatkan Jen Md Hashim (B)sebagai 'glamour seeker' dan gemar mencari publisiti murahan untuk menonjol. Situasi di Kedutaan berada dalam kucar-kacir akibat campurtangan anak perempuan Jen Md Hashim (B) sebagai proksi beliau mencari keuntungan dalam penjualan VISA kepada rakyat Pakistan. Ketiga: Mejar Lee Hong Beh menyifatkan perbuatan 5 bekas Jeneral hanya untuk "mengisi perut sendiri". Masa mereka dalam perkhidmatan dulu, tidak membela nasib warga tentera dan turut mempersoalkan keupayaan 5 bekas Jeneral untuk menjaga kebajikan warga tentera bersama pembangkang??? Empat: Sarjan Alias Maideen (B) mengakui telah diarahkan oleh Komander Malbat I di Bosnia untuk menjual rokok bebas cukai dengan harga yang lebih tinggi. Keuntungan 60% hak Komander Malbat secara peribadi manakala hanya 40% untuk Tabung Malbat I. Kelima: Sjn Ustazah Normah Ibrahim mengakui sering menanggung derita "gangguan seksual" daripada Pengarah KAGAT, Brig Jen Najmie (B)dan turut mengakui pernah diraba punggong!!! Keenam: Kol Abdullah Ramlee (B) berkata bahawa sewaktu di Namibia dulu, Datuk Ghafir sememangnya kaki minum arak dan dikenali di kalangan anggota Malbat sebagai 'Whisky Commander'. Beliau menambah bahawa Datuk Ghafir juga pantang tengok "dahi licin" malah pasti berakhir di ranjang!!! Ketujuh: Kapten Hatta Yussof TUDM (B) telah mengatakan bahawa Datuk Abd Hadi Khatab mendapat imbuhan lumayan daripada pihak pembekal dalam semua urusan pembelian peralatan/kelengkapan TUDM dan sememangnya bertanggungjwab ke atas kes kehilangan enjin jet yang mendapat perhatian umum. Kelapan: Laksma Tumiran Alias (B) mengatakan beliau adalah "buddy" Laksma Hj Imran (B) dan mengetahui segala kemungkaran buddy beliau. Hj Imran dikatakan "membuat duit" dengan pihak pembekal TLDM dan telah menyalahgunakan kuasa (pecah amanah) Tabung Kebajikan Pasukan hampir bernilai RM17,000 semasa menjadi pemerintah pasukan tetapi perkara ini tidak dilaporkan ke pihak atasan TLDM. Kesembilan: Kol Anuar Abd Hamid (B) mengakui bahawa beliau adalah sebahagian daripada 'grand design' insiden berdarah Al-Maunah bersama Datuk Ghafir setelah disogok oleh pembangkang untuk mencetuskan huru-hara terhadap kerajaan. Kesepuloh: Mej Alwi Hassan TUDM mengakui bahawa beliau lah yang menjadi saksi semasa Abd Hadi Khatab bernikah untuk kali kedua dengan Rohaya di Thailand. Kesebelas: AJK Tertinggi PKR (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan) mengakui bahawa beliau telah menyerahkan wang imbuhan sebanyak RM1.5 juta (dibuat dalam 4 kali bayaran) kepada Jen Md Hashim (B) bagi menyertai PKR dan melemparkan fitnah terhadap ATM dan kerajaan. Keduabelas: Jiran Datuk Ghafir (nama dirahsiakan demi keselamatan) mengakui bahawa sejak Datuk Ghafir bersama pembangkang, solat jemaah tiada lagi dan kebajikan terutama sakit pening keluarganya diabaikan akibat nak jadi calon pembangkang menjelang PRU 13. Kini terbongkar lagi keburukan bekas Jeneral pro pembangkang.........!!! Renung-renungkanlah!!!
Jen Md Hashim (B): Pendedahan Akhir

Martabat Perisikan Tentera
Kenyataan ini diperolehi oleh MatMerapu melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). "Ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN. Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa.
Martabat perisikan tentera kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk kegunaan operasi. Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun, pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu, diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis' malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan nyawa mereka sebagai sandaran. Perlu ditegaskan bahawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak".MatMerapu amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta 'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang telah terbina sejak era melawan insurgensi.
Sunday, 17 March 2013
Jeneral Tan Sri Md Hashim (B): Pendedahan Siri IV

Jeneral Md Hashim (B): "Glamour Seeker"

Jeneral Tan Sri Md Hashim(B): Pendedahan Siri III

Friday, 15 March 2013
30 Fatwa Sesat: TG Nik Aziz !!!
Pertama: "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
Kedua: "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Ketiga: "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
Keempat: "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
Kelima: "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
Keenam: "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
Ketujuh: "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
Kelapan: "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
Kesembilan: "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
Kesepuloh: "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
Kesebelas: "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
Keduabelas: "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
Ketigabelas: "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
Keempatbelas: "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
Kelimabelas: "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
Keenambelas: "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
Ketujuhbelas: "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
Kelapanbelas: "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
Kesembilanbelas: "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
Keduapuloh: "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
Keduapuloh Satu: “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
Keduapuloh Dua: “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
Keduapuloh Tiga: “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
Keduapuloh Empat: “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
Keduapuloh Lima: “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
Keduapuloh Enam: ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
Keduapuloh Tujuh: “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
Keduapuloh Lapan: "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
Keduapuloh Sembilan: “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Ketigapuloh: "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009
Merapu Petang: Teka Teki Untuk 5 Bekas Jeneral
Persolan: Apakah binatang yang mempunyai "telur" di atas leher??? Jawapan: Lima bekas Jeneral yang menjadi "kuda kepang" Pakatan Pembangkang.........hahahaha!!!!
Thursday, 14 March 2013
Bekas Jeneral: Habuan Lumayan





Merapu Pagi Pengukir Senyuman
Soalan: What is the different between a BIRD and a FLY??? Jawapan: A BIRD can fly but a FLY cannot bird.....hahahaha!!!!
Jen Md Hashim (B): Pendedahan Siri II

Wednesday, 13 March 2013
Keldai Tempang Pembangkang: 4 + 1 Bekas Jeneral

Pendedahan Panas:Kemungkaran Lt Jen (B) Ghafir!!!


Berita Panas: Abdul Hadi A.Khatab Beristeri Dua

Calon Payung Terjun Pembangkang
Maklumat diperolehi daripada 'orang kuat' PKR dan PAS telah mengesahkan bahawa 4 orang bekas Jeneral yang kini bertungkus lumus mengadakan sesi ceramah......rupa-rupanya telah dijanjikan oleh Anwar bahawa mereka akan dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen. Tindakan untuk menempatkan calon 'payung terjun' ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Ketua Cabang PKR dan PAS.
Bertambah rumit dan celarulah senarai calon PKR dan PAS. Difahamkan 4 nama calon (2 daripada PKR dan 2 daripada PAS) yang telah disenaraikan sebelum ini telah dimansuhkan melalui kuasa veto bagi membolehkan 4 bekas Jeneral bertanding sempena PRU 13 kelak. Nampaknya strategi dan "jarum" 4 bekas Jeneral tersebut telah dapat mempengaruhi pucuk pimpinan kedua-dua parti berkenaan. MatMerapu mengucapkan Syabas kepada bekas Jeneral tersebut kerana telah berjaya mengenepikan bakal calon yang telah tersenarai sebelum ini. MatMerapu difahamkan oleh 'orang kuat' tersebut bahawa Datuk Ghafir akan bertanding di kawasan P.149 Sri Gading, Hj Imran di P.74 Lumut, Datuk Abd Hadi Khatab di P.77 Tanjong Malim manakala Datuk Najmie di P.13 Sik.
Calon 'payung terjun' Pakatan Pembangkang (PP) dari kalangan bekas Jeneral ini telah memberi banyak kelebihan kepada BN manakala PP mengalami 4 kerusi defisit. Pengundi akar umbi PP di 4 kawasan Parlimen tersebut telah mula mempamerkan petunjuk kuat untuk "memboikot" dengan bakal mengambil tindakan untuk tidak keluar mengundi, ada yang akan menunjukkan undi protes dan tidak kurang yang akan beralih sokongan.
Mana mungkin ahli dan pengikut PP dapat menerima 4 bekas Jeneral berkaitan kerana mereka tahu akan keburukan dan kemungkaran bekas Jeneral semasa dalam perkhidmatan ATM. Mereka juga tahu bahawa bekas Jeneral adalah golongan kecewa dan tidak amanah.......sebagai contoh, Ghafir terlibat sepenuhnya dalam perolehan aset Tentera Darat dan telah puas di'tumbuk rusuk' dengan pelbagai habuan lumayan oleh pembekal. Hj Imran pula terlibat dalam kes penyelewengan logistik TLDM, Abd Hadi yang terburuk kerana terlibat dalam penjualan enjin jet manakala Najmie terlibat dalam skandal - hubungan sulit dengan isteri Pegawai ATM.
MatMerapu yakin bahawa 4 bekas Jeneral tersebut akan kalah kepada calon BN malah mereka juga akan kehilangan wang deposit PRU 13. Marilah sama-sama kita "talkin"kan 4 bekas Jeneral tersebut bagi menghukum mereka akibat dosa yang telah mereka lakukan semasa dalam perkhidmatan ATM. Satu undi kepada bekas Jeneral ibarat merestui tindakan terkutuk yang bertentangan dengan akidah Islam.
Tuesday, 12 March 2013
Salam Terbuka Kepada Bekas Tentera Pro Pembangkang
Salam terbuka 1Malaysia semoga semua peringkat warga bekas tentera menghentikan segera segala tohmahan dan fitnah terhadap KEMENTAH dan ATM. Semoga bekas tentera tidak diper"kuda"kan oleh Pakatan Pembangkang (PP) atau mana-mana pihak yang anti-establishment. Janganlah menjadi 'kacang lupakan kulit' atau 'menggigit tangan yang menyuap'. Sesungguhnya, sedarilah bahawa anda hanya diperalatkan oleh individu dan PP bagi memenuhi impian mereka untuk berkuasa. Kembalilah ke pangkal jalan dengan memberi sokongan padu kepada KEMENTAH dan ATM serta kerajaan. Ketepikanlah kepentingan peribadi demi keamanan negara dan keharmonian rakyat. Dokongilah aspirasi ATM dan kerajaan. Janganlah mudah tertipu dengan individu dan PP serta terpengaruh dengan "janji manis" PP. Jauhilah diri daripada bersekongkol dengan PP hingga merelakan diri untuk 'meludah ke langit' dan jangan sekali-kali menggadai maruah hanya kerana "habuan" yang diperoleh. Berpegang teguhlah kepada Ikrar Kesatria yang dilafazkan. Ingatlah.....hanya BN mampu membela nasib bekas tentera melalui pelbagai inisiatif Pelan Transformadi Kerajaan. Jika terus berdegil.....MatMerapu mencabar anda untuk bertindak dengan putuskanlah sebarang ikatan anda dengan kerajaan sebagai stakeholder anda......sukarela menolak penerimaan pencen bulanan, enggan menerima imbuhan RM1,000.00, bantuan JHEV atau PERHEBAT dsb. Jika ini berlaku.....anda BEBAS untuk bersekongkol dengan PP. Ada aku kesaaahhh......!!!???
OP DAULAT: Kawalan Maklumat Media
Kehausan maklumat oleh pihak media ketika situasi krisis dan aman amat berbeza. Hakikat ini perlu difahami oleh semua pihak media walaupun rakyat berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku. MatMerapu berasa bahawa pihak media terlalu menekan pasukan keselamatan OP DAULAT dengan pelbagai soalan tidak terkecuali maklumat kerahsiaan operasi pasukan keselamatan seperti kekuatan, komposisi, disposisi dan tindakan yang sedang dijalankan. Banyak masa juga terpaksa diluangkan kepada pemberita oleh pemerintah OP DAULAT bagi melayan karenah pemberita yang tidak tahu meletak garis sempadan - situasi krisis dan aman!!! Akibat desakan media, berlakulah ketirisan maklumat melalui media tradisi dan baru......pihak media tidak sedar bahawa bukan sahaja rakyat yang mempunyai akses malah kumpulan penceroboh juga mempunyai akses kepada maklumat yang dipaparkan di dada akhbar dan media baru........maklumat operasi telah dikompromi oleh pihak media!!! Mat Merapu berharap agar maklumat kepada pihak media lebih terkawal manakala pihak media pula perlu sensitif kepada 'kerahsiaan maklumat' operasi kerana dibimbangi ianya boleh membuat kumpulan penceroboh berada 'one step ahead' dalam merangka strategi dan tindakan mereka. Kebocoran maklumat juga boleh membawa padah kepada pasukan keselamatan yang sedang melaksanakan tugas. Bukankah pemerintah pasukan keselamatan lebih utamakan pencapaian misi mereka daripada terlalu melayan keinginan dan kehendak pihak media??? Ketirisan maklumat berdarjah bukan sahaja berlaku dalam media cetak malah ianya turut berlaku dengan lebih meluas melalui media baru di kalangan bloggers yang kurang sensitif terhadap kepentingan kerahsiaan maklumat operasi. MatMerapu melihat banyak maklumat operasi didedahkan oleh media dan bloggers mulai hari kedua (13 Feb) insiden pencerobohan hinggalah ke saat penglibatan terup ATM. Ada yang mendedahkan jadual ketibaan dan jumlah kapal TLDM di kawasan operasi, penempatan penembak tepat, penglibatan aset strategik ATM, aktiviti PDRM di lokaliti terbabit beserta imej dsb. MatMerapu berharap di masa hadapan,pihak media dan bloggers lebih prihatin dan sensitif terhadap maklumat rahsia operasi pasukan keselamatan. Pihak media disarankan untuk bertindak lebih profesional dan beretika tanpa membantu kumpulan penceroboh dengan pelbagai maklumat......!!! Pihak berwajib pasukan keselamatan pula disarankan agar melaksanakan "kawalan media sewaktu krisis" secara lebih efektif agar tidak berlaku sebarang ketirisan maklumat operasi.
Mejar Khalid: Pengkhianat ATM
MatMerapu terbaca dalam blog matkilaupenang bahawa Mejar Khalid Ahmed TUDM telah mengeluarkan kenyataan negatif terhadap pasukan keselamatan yang sedang melaksanakan tugas dalam OP SULU/DAULAT. Tindakan beliau dalam memperlekehkan pasukan keselamatan adalah 'tindakan bodoh' malah boleh dilabelkan sebagai seorang 'munafiq' atau lebih tepat lagi sebagai Pengkhianat ATM. Kenyataan negatif beliau yang disebarkan melalui landasan media sosial adalah keterlaluan dan bertentangan dengan etika dan profesionalisme ATM. "Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya"........MatMerapu melalui sumber ATM yang boleh dipercayai telah mengatakan bahawa Mej Khalid telahpun mengaku secara rela berhubung kenyataan negatif tersebut. Persoalannya.....??? kenapa masih wujud personaliti bersifat "pengkhianat" dan "munafiq" sebegini dalam ATM ???. Apa yang difahamkan kepada MatMerapu, personaliti Mej Khalid sememangnya menjurus kepada sifat pendendam, panas baran, suka berfoya-foya (peminum arak, berjudi dan perempuan tidak terkecuali pelacur/GRO) dan integriti meleset. Inilah sifat dan sikap Mej Khalid yang tidak diketahui umum melainkan kenalan rapat beliau yang boleh menjadi saksi. MatMerapu berharap agar warga ATM dan anda tidak memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Sesungguhnya pengorbanan pasukan keselamatan sempena OP SULU/DAULAT tidak dapat dinilai dengan apa jua.......!!!!
Insiden Pencerobohan Lahad Datu: Grand Design Anwar!!!
'Jari telunjuk lurus, kelengking berkait' dan 'Nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata tidak nampak'; amat sepadan dengan tindakan Pakatan Pembangkang terutama Anwar Ibrahim dan Tian Chua. Apa tidaknya??? cuba lihat bagaimana liciknya Anwar yang secara jelas berkait rapat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tanggal 12hb Feb hingga kini yang telah mengorbankan 8 anggota pasukan keselamatan. Perjumpaan Anwar dengan Nur Misuari (MNLF) bukanlah satu perkara baru dan telah heboh diperkatakan melalui pelbagai media tradisi dan baru. Anwar juga dalam siri ceramahnya sering mendedangkan lagu....tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib....Sabah nak hilaaaang!!! Inilah dendangan khianat Anwar dan petualang negara terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.....Anwar telah lama tahu bahawa Sabah akan diceroboh oleh pengganas. Inilah grand design Anwar menjelang PRU 13. Manakala Tian Chua pula secara biadap dan angkuh menuduh insiden tersebut adalah lakonan dan sandiwara serta konspirasi UMNO dan BN. Jelaslah kepada rakyat kini bahawa Anwar dan Tian Chua adalah "syaitan bertopengkan manusia" dan "musang berbulu ayam". Keburukan dan kemungkaran pemimpin PP semakin terserlah ibarat "bangkai gajah cuba ditutup dengan nyiru"......hahahaha!!! Adakah ahli, pengikut dan sympathisers PP rela diperbodoh, ditipu dan di"kuda"kan lagi oleh mereka??? Marilah sama-sama kita berikrar untuk "menghukum" calon PP yang akan bertanding sempena PRU 13 kelak. Hukuman daripada rakyat amat perlu agar seluruh pemimpin PP sedar dan tidak celupar serta lebih bertanggungjawab terhadap kedaulatan negara berteraskan Rukunegara. Inilah gambaran sebenar PP, mereka sanggup melakukan apa saja hanya untuk memenuhi impian peribadi mereka termasuk menggadai maruah negara.
Monday, 11 March 2013
Bekas Jeneral Tidak Bersyukur........!!!
MatMerapu sebagai orang awam merasa hairan dan pelik dengan tindakan 5 bekas Jeneral angkatan tentera(Jen Md Hashim, Lt Jen Ghaffir, Laksma Imran, Brig Jen Najmie termasuk yang tidak dibenarkan penggunaan pangkat Brig Jen - Abdul Hadi Khatab) yang kini bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang (PP). Jika penyertaan mereka dalam PP berasaskan kepada perkiraan politik bahawa PP akan menawan Putrajaya pasca PRU 13, ternyata mereka perlu membuat reappraisal of their estimate, PP tidak berupaya berbuat demikian sekaligus perkiraan 5 bekas Jeneral meleset....!!! Mungkin estimate mereka lebih didorong oleh emosi dan nafsu yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya sehingga rumusan keputusan estimate mereka juga jauh tersasar. MatMerapu dan majoriti pemilih berdaftar yakin sepenuhnya bahawa BN kekal memerintah di peringkat Pusat malah situasi dan sentimen pengundi di Kedah, PPinang, Selangor dan Kelantan juga akan berubah dan turut bertukar tangan dengan berpihak kepada BN - pasca PRU 13 nanti, PP akan bercakaran sesama sendiri.....berpecah, terlerai dan terkuburlah mereka yang "gila kuasa". MatMerapu menjangka bahawa pemimpin PP akan menolak keputusan rakyat kepada BN malah mereka dijangka meracau,berjiwa kacau, bercelaru dan penuh kekalutan. Mereka akan melemparkan tuduhan melulu dan tidak berasas tidak berkecuali fitnah terhadap kerajaan terutama SPR dan BN. Hasil temubual MatMerapu dengan lapisan warga ATM, sesungguhnya mereka berasa amat kesal dengan tindakan 5 bekas Jeneral dan dilabelkan mereka (5 bekas Jeneral) sebagai insan yang tidak tahu mengenang budi, tidak tahu bersyukur dan tidak tahu mengenang budi kerajaan. Kumpulan 5 Jeneral ini......dulu semasa dalam perkhidmatan telah beroleh pelbagai pengiktirafan kerajaan, imbuhan dan inisiatif serta pelbagai keistimewaan lain yang dikecapi sejajar dengan kedudukan mereka ketika itu. Janganlah cuba menghancurkan ATM melalui fitnah terancang dan pembohongan melampau!!! Kembalilah ke pangkal jalan dengan mendokong aspirasi kerajaan pimpinan BN. Janganlah tergolong dalam kelompok anti-establishment. Hindarilah diri daripada meracuni minda warga tentera kerana sesungguhnya rata-rata warga ATM tidak terpengaruh dengan tindakan dan usaha anda. Janganlah "meludah ke langit" atau membuka pekung serta sanggup mempertaruhkan imej dan kredibiliti ATM demi kepentingan peribadi anda. Sebaliknya, imbaslah kembali jasa dan pengiktirafan kerajaan kepada anda sewaktu dalam perkhidmatan dulu. Jauhilah diri juga daripada menjadi kuda dan alat PP kerana PP bijak memerangkap anda untuk berbuat perkara kotor dan keji demi memenuhi impian seorang individu yang "gila dan tamak kuasa". MatMerapu berharap agar semangat kental warga ATM terus terpelihara daripada "racun minda" yang dibawa oleh 5 bekas Jeneral berkaitan tidak terkecuali oleh bloggers bekas tentera yang pro-pembangkang!!! Janganlah ada di antara warga ATM yang sanggup ditipu, diperbodoh dan diper"kuda"kan oleh 5 bekas Jeneral tersebut......!!!
Bisnes: Usahawan Melayu Gagal Menembusi "Tembok" Monopoli
Apabila mengenang nasib usahawan Melayu, MatMerapu menjadi histeria dan berjiwa kacau terutama dalam mencari resolusi terbaik bagi meruntuhkan "tembok" monopoli bukan Melayu dalam beberapa bidang perniagaan. Ramai Melayu yang sedar bahawa bidang perniagaan seperti perabut, hardware, alat ganti & aksesori kenderaan, bahan binaan, woksyop kenderaan bermotor & servis tayar, supermarket dan hypermarket, barangan elektrik dsb. Lihat sajalah di sekeliling.....di mana jua anda berada di Malaysia ini!!! Berapa ramai usahawan Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan yang digariskan oleh MatMerapu. Apakah Melayu tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan ini??? Apakah punca bidang perniagaan tersebut tidak boleh ditembusi "tembok"nya oleh Melayu??? Di manakah suara NGO Melayu yang melaungkan "pembela kepentingan Melayu"??? Apakah orang Melayu akan terus membiarkan perniagaan dalam bidang tersebut terus "tiris" daripada Melayu??? Apakah pula usaha kerajaan dalam merobohkan "tembok monopoli" ini demi survival Melayu??? MatMerapu bukanlah rasis tetapi sekadar ingin melihat lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Jika anda seorang Melayu.....renung-renungkanlah!!!
Penilaian Semula Kadar Pencen
Dalam mendengar denyut nadi pesara awam, MatMerapu terpanggil untuk menzahirkan keperluan hidup (monetary) pesara awam yang menerima kadar pencen kurang daripada RM700.00 sebulan. MatMerapu tidak mempunyai akses kepada statistik sebenar.....berapa ramaikah di kalangan pesara awam yang masih menerima kadar pencen di bawah garis kemiskinan!!! Apapun MatMerapu berharap agar pihak berwajib melaksanakan penilaian dann kajian menyeluruh bagi membela nasib penjawat awam yang masih menerima kadar pencen kurang daripada RM700.00 sejajar dengan tema kerajaan pimpinan BN, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". MatMerapu yakin bahawa kerajaan pimpinan BN saja yang boleh mengeluarkan pesara awam daripada kepompong kemiskinan yang kian menghimpit golongan pesara awam ini. Namun MatMerapu kagum dan terharu dengan golongan ini kerana mereka kekal menyokong kerajaan BN walaupun dihimpit oleh kemiskinan....!!! Sekadar untuk renungan kerajaan BN agar denyut nadi pesara awam turut terbela.
Penyalahgunaan Media Sosial Oleh Penjawat Awam
Dewasa ini MatMerapu melihat bahawa ramai di kalangan penjawat awam tidak terkecuali warga pasukan keselamatan yang telah menyalahgunakan media sosial untuk tujuan tertentu. Mereka menggunakan landasan ini untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara tanpa menggunakan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak majikan. Adakalanya mereka memamaparkan artikel yang tidak berasas kerana didorongi oleh emosi anti-establishment yang meluap.Ramai yang sedar akan tindakan mereka boleh menjejaskan imej dan kredibiliti kementerian/majikan sekaligus boleh menjejaskan usaha kerajaan sebagai stakeholder mereka. Dalam kerakusan tindakan mereka ini, maka berlakulah kebocoran maklumat kerajaan secara meluas. Walaupun MatMerapu bekerja sendiri namun MatMerapu agak sensitif terhadap penjawat awam yang sanggup "menggigit tangan yang menyuap" mereka dan keluarga. MatMerapu berharap agar semua peringkat penjawat awam tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya hendaklah sama-sama mendokong aspirasi kementerian dan kerajaan. Kebebasan bersuara sememangnya tidak terhalang namun gunakanlah saluran rasmi kementerian bagi mengelak wujudnya persepsi negatif di kalangan rakyat sekaligus menghakis keyakinan mereka terhadap sesebuah kementerian dan kerajaan. Gunakanlah landasan media sosial dengan lebih berhemah agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. MatMerapu mengesyorkan agar pihak kementerian kerajaan memberi penekanan dalam aspek media sosial ini dengan menggubal peruntukan perundangan yang bersesuaian bagi mendakwa penjawat awam yang tidak bertanggungjawab!!!
Tian Chua Pengkhianat Negara
Kenyataan Tian Chua yang mendakwa bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara, lakonan dan konspirasi politik BN adalah terlalu biadab, tidak masuk akal, tuduhan melulu, berpolitik cetek dan boleh disifatkan sebagai Pengkhianat dan Petualang negara. Insiden di Lahad Datu ini tidak boleh dipolitikkan oleh sesiapa jua atau dijadikan bahan gurauan kerana ianya berkaitan dengan soal "mati" dan "hidup" wira negara dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. MatMerapu turut menyokong pelbagai pihak yang telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Tian Chua terhadap BN mengenai insiden pengganas di Lahad Datu. Inilah nilai pemimpin Pakatan Pembangkang yang sanggup berbuat apa saja demi kepentingan peribadi dan kerakusan untuk berkuasa. Dalam keadaan belum berkuasa lagi pun, dah mula tunjuk belang.....bayangkanlah apabila dah ada kuasa!!! Manusia sebegini patut dihukum oleh rakyat!!! MatMerapu berharap agar pemilih berdaftar akan memboikot beliau sempena PRU 13 kelak.....di mana jua beliau bertanding. Semoga pengalaman pahit beliau nanti akan memberi pengajaran kepada pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain supaya tidak bersifat "kurang ajar" dalam aspek keamanan dan keselamatan negara!!! Buktikanlah hukuman anda terhadap Tian Chua......satu undi kepadanya ibarat satu undi untuk pengkhianat dan petualang negara!!! Katakan......TIDAK!!!
Sunday, 10 March 2013
Peranan MKN: Insiden Pencerobohan Wilayah Malaysia
MatMerapu melihat dalam insiden pencerobohan wilayah Malaysia bahawa peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) is not felt dalam menghadapi situasi krisis yang wujud di Lahad Datu. Entahlah.....sama ada MKN mengeluarkan Initiating Directive ataupun tidak??? MatMerapu berharap agar pihak MKN memainkan peranannya yang lebih prominent di masa akan datang jika berlaku sebarang situasi krisis. Justeru, MatMerapu punyai jiwa celaru......Siapakah "Komander Tertinggi" OP DAULAT? PAT atau KPN....?? Bagaimana pula dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan?? Di mana pula kedudukan SU MKN?? Hanya sekadar renungan bersama....!!!
OP DAULAT: Pemantapan Blue Ocean Strategy
MatMerapu secara peribadi merasakan nama OP DAULAT lebih bermakna dan tepat berbanding nama sebelum ini - OP SULU. Walaupun ada yang berpendapat, what's there in a name!?....Roses call by some other names still smell sweet!!! Apapun, kewajipan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia. MatMerapu berasa kagum dengan kejayaan OP DAULAT terutama warga pasukan keselamatan yang memberi khidmat bakti dan pengorbanan demi mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman. Sebenarnya, insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Feb telah memberi gambaran jelas akan pengukuhan dan pemantapan Blue Ocean Strategy, idea yang dicetuskan oleh PM. Sememangnya kerjasama akrab antara ATM dan PDRM jelas ketara dalam OP DAULAT malah amat membanggakan rakyat kerana rakyat kekal yakin dengan keupayaan pasukan keselamatan dalam membanteraskan musuh negara demi keamanan rakyat 1Malaysia. MatMerapu yakin model ini akan tambah terserlah nanti akan wujudnya Special Security Area Command di Pantai Timur Sabah dengan adanya elemen awam bersama ATM dan PDRM. Selain daripada pemantapan strategi lautan biru tersebut, insiden di Lahad Datu yang telah mengorbankan seramai 8 wira negara bukanlah satu sandiwara atau lakonan.......jauh sekali daripada konspirasi politik BN. Jangan ada lagi di antara kita mengikut jejak Tian Chua yang MatMerapu anggap tindakan beliau adalah bersifat Petualang dan Pengkhianat Negara yang perlu didakwa oleh pihak berwajib berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada. Inilah sifat keci pembangkang!!! MatMerapu berharap agar seluruh rakyat Malaysia bangun dan membantah kenyataan dan tindakan pemimpin pembangkang (Tian Chua)tersebut. Marilah kita sama-sama membina sifat dan sikap wathaniyyah (patriotisme) di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.....!!!
Bekas Panglima Tentera Darat

Thursday, 7 March 2013
Sabah Special Security Area
Sempena sidang media PM pada 7hb Mac 2013 (lebih kurang jam 4.15pm), PM telah mengumumkan mengenai Sabah Special Security Area meliputi kawasan Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau manakala Markas Special Area Security Command (SASCOM) akan ditempatkan di Lahad Datu. Kekuatan pasukan keselamatan di Sabah yang sedia ada akan dikekalkan namun ianya akan diperkuatkan dengan tambahan 5 batalion lagi - kombinasi ATM dan PDRM. Pengumuman PM amat bertepatan sekali dengan keperluan keselamatan dan ancaman semasa di Sabah (Timur). Syabas!!! MatMerapu rakamkan kepada PM yang amat tajam dalam penilaian strategiknya dengan mengutamakan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat Sabah. Dalam situasi ini, MatMerapu secara peribadi ingin mengesyorkan bahawa penubuhan SASCOM mengambilkira pendekatan sepertimana kewujudan RASCOM dulu - kombinasi elemen tentera, polis dan awam bagi mencapai apa jua objektif negara secara berkesan, menyeluruh dan bersepadu......!!!! Jawatan CEO SASCOM pula boleh dilaksanakan secara bergilir dan merupakan jawatan terbuka. Kewibawaan kerajaan pimpinan BN kini semakin terbukti dan terserlah lagi berbanding kecelaruan Pakatan Pembangkang.
Wednesday, 6 March 2013
Majlis Fatwa Putuskan 'Syahid Akhirat'
MatMerapu (dengan pengetahuan agama yang tidak berapa luas) cuba menilai keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan bahawa kematian anggota pasukan keselamatan sempena OP SULU sebagai mati 'Syahid Akhirat'. Persoalannya.....apakah kategori kematian anggota pasukan keselamatan yang telah terkorban dalam menentang insurgensi (Parti Komunis Malaya)??? Kenapa pada ketika itu, tiada apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa!!!??? Jika mereka (yang terkorban dalam OP SULU) disifatkan sebagai mati 'Syahid Akhirat'......kenapa jenazah mereka tidak diuruskan seperti mati 'Syahid Akhirat', tanpa perlu mandikan mayat atau kapankan!! Sesungguhnya, 'Syahid Akhirat' adalah ketentuan Illahi jua melainkan seseorang itu mati hanya untuk menegakkan atau mempertahankan agama Islam daripada ancaman musuh sepertimana zaman Rasulullah. MatMerapu melihat bahawa Majlis Fatwa TIDAK PERLU memutuskan apa-apa bersabit kematian anggota pasukan keselamatan dalam OP SULU, bukan apa......bimbang kalau-kalau kredibiliti Majlis Fatwa diragui di kalangan rakyat yang arif mengenai hukum hakam agama Islam......!!!! Apa pun, kematian anggota pasukan keselamatan dalam OP SULU adalah satu kehilangan besar kepada negara!!! Hanya sekadar renungan bersama.........!!!
Penghargaan Buat ATM dan PDRM
MatMerapu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pasukan keselamatan terutama ATM dan PDRM yang telah berjaya membanteraskan kumpulan penceroboh - Tentera Kesultanan Sulu (TKS)sempena OP SULU/DAULAT. Kejayaan ini membuktikan tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan yang tinggi dalam menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang dimensi ancaman musuh serta patut diberi pujian oleh seluruh rakyat 1Malaysia yang cintakan keamanan. MatMerapu juga kagum dengan tahap kerjasama yang dipamerkan antara ATM dan PDRM serta agensi keselamatan yang lain dalam menjayakan misi negara.Pendekatan Blue Ocean Strategy turut memperlihatkan impak cemerlang di sepanjang OP SULU/DAULAT dilaksanakan. Selain itu, MatMerapu juga terharu dan kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh rakyat Sabah (termasuk suku kaum Suluk) kepada pasukan keselamatan hingga terlakar sejarah kejayaan. Semangat patriotik rakyat sebegini hendaklah kekal demi mempertahankan bumi tercinta daripada dinodai oleh sebarang elemen luaran atau domestik. Syabas.....!!!MatMerapu menyeru agar semua rakyat beragama Islam sedekahkan 'Al-Fatihah' manakala bukan Islam turut bertafakur kepada wira negara yang telah terkorban, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amiiiinnn!!!!
PRU 13: 'Terkuburnya Pakatan Pembangkang'
MatMerapu terbayang akan 'terkuburnya' Pakatan Pembangkang (PP) pasca PRU 13 nanti. Akan timbullah pelbagai tohmahan, tuduhan melulu dan fitnah PP terhadap pimpinan BN. Tindakan PP sebegini sememangnya telah diduga kerana dalam keadaan sekarang pun mereka amat celupar dalam melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan pembohongan terhadap BN bagi mengelirukan rakyat. Atas hakikat ini, MatMerapu ingin berpesan kepada PP. Pertama: Redha dengan ketentuan Illahi dengan menerima kekalahan secara ikhlas. Kedua: Jangan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi jalanan yang merugikan semua pihak. Ketiga:Tidak perlu membuat sebarang petisyen mahkamah bagi kawasan yang mengalami kekalahan. Keempat: Tunaikan janji yang relevan berlandaskan Manifesto Pembangkang kepada rakyat di kawasan yang dimenangi.Kelima: Berilah kerjasama penuh kepada kerajaan dalam memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.MatMerapu yakin bahawa PP agak sukar untuk terima kekalahan mereka secara ikhlas dan terbuka.....!!!! Mereka akan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat melalui pendekatan "Arab Spring" dan sebagainya.
Monday, 4 March 2013
Bekas Jeneral Pro Pembangkang: Sebuah Senyum Kambing
Gelagat bekas Jeneral pro pembangkang semakin ketara kelemahan dan pembohongan mereka. Warga tentera dan warga bekas tentera yang tidak terpengaruh dengan mereka tersenyum kambing melihat betapa rakusnya bekas Jeneral berkaitan bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang (PP) sehingga sanggup 'meludah ke langgit, jatuh ke muka sendiri' jua!!! Ramai bekas Jeneral yang lain.....tidak setuju dengan pendirian dan tindakan bekas Jeneral pro pembangkang. MatMerapu juga tersenyum kambing melihat telatah bekas Jeneral 'kuda pembangkang' ini yang semakin gah berada di pentas pembangkang untuk melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap Kementerian Pertahanan dan ATM hanya kerana kepentingan peribadi dan bercita-cita untuk menjadi calon PP menjelang PRU 13 kelak. Di mana jua mereka bertanding, MatMerapu yakin mereka akan kalah dan kemungkinan besar hilang wang pertaruhan kecuali jika Anwar benarkan salah seorang daripada mereka bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh......hehehehe!! Jika ini terjadi (walaupun agak mustahil), beranikah Anwar keluar dari sarang dan bertanding di kawasan lain??? Yang pasti, mereka hanya menjadi alat dan dan 'kuda kepang' (seekor kuda yang memiliki telur di atas belakang.......hahaha!!!) PP bagi memenuhi impian individu tertentu yang tidak bermoral. Kuda kepang (bekas Jeneral pro pembangkang) ini akan mengikut secara membuta tuli tanpa usul periksa akan karektor penunggangnya. Mereka tidak berupaya untuk melawan 'Taukeh' kerana telah mendapat 'habuan'. Hakikatnya, bekas Jeneral pro pembangkang ini.......kecewa dalam perkhidmatan dan tidak membela nasib warga tentera dan warga bekas tentera semasa berkhidmat dulu. Kini mula melaung-laung kononnya nak bela nasib warga dan bekas tentera. Mana mungkin.......mereka boleh berbuat demikian!!! Jika PP TIDAK MAHU HILANG 4 KERUSI PARLIMEN......Janganlah terlintas langsung untuk calonkan bekas Jeneral tersebut. Sebuah senyum kambing dihadiahkan untuk 4 bekas Jeneral berkaitan!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)