Sunday 18 May 2014

#PRK Teluk Intan: Mah Siew Keong lawan Dyana Sofya........!!!

Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud mengangkat tangan sebaik sahaja nama kedua-dua individu itu diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada PRK Teluk Intan. Suasana penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan yang berjalan lancar ini mengesahkan pertandingan antara BN yang diwakili Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud dari DAP. Seperti yang dijangka, kehadiran Dyana Sofya di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan mendapat tumpuan ramai, termasuk daripada peyokong muda BN yang ingin melihat gadis berusia 27 tahun ini dari dekat. Pusat penamaan calon itu dibuka sejak pukul 9 pagi dan ditutup satu jam kemudian dan hanya dua nama sahaja diterima untuk bertanding. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad berkata pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

No comments:

Post a Comment