Tuesday, 27 May 2014
#PRK Teluk Intan: Analisis Sentimen Cina & Keangkuhan DAP.......!!!
P76 Teluk Intan mempunyai 60,483 pengundi berdaftar, pecahan kaum adalah Cina 42%, Melayu 38% dan India 19%. Politik Teluk Intan selama ini menyaksikan pertembungan kaum Melayu dan Cina tetapi yang menjadi penentu adalah kaum India. Bagaimanapun dengan pepecahan ketara kaum Melayu dalam era 2000 telah memberikan kaum Cina mendominasi politik Teluk Intan. Ini dapat dilihat dalam tsunami politik 2013, pada ketika itu kaum India telah beralih sokongan kepada BN kerana MP sebelum itu dari kaum India (DAP-M.Manogaran) gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun BN tetap kalah kerana sentimen kaum Cina yang mahu kerajaan di bawah penguasaan orang Cina (DAP). Sentimen kaum Cina memainkan peranan yang signifikan dalam PRU13 di Teluk Intan. Pada PRK Teluk Intan 2014 berikutan kematian MP Teluk Intan Seah Leong Peng (DAP), berlaku pertembungan satu lawan satu antara DAP dan BN. DAP telah meletakkan calon luar dan dari kaum Melayu iaitu Dyna Sofya. Tindakan DAP ini telah menyebabkan penentangan dari Ahli DAP Teluk Intan kerana membelakangkan pemimpin DAP tempatan. Tambahan pula calon yang diketengahkan ini terlalu muda pada usianya dan juga dalam berpolitik. Berikutan daripada itu ada bilik gerakan DAP yang ditutup kerana tidak mahu memberi kerjasama kepada DAP pusat dalam berkempen. Selain itu penyokong pemimpin DAP yang tidak dicalonkan itu juga tidak mahu memberikan undi kepada DAP. Terdapat juga khabar yang mengatakan DAP Teluk Intan telah memberi kata dua kepada PAS teluk Intan supaya tidak terlalu berkempen untuk DAP, atas alasan mereka tidak berkempen. Selain itu, disebabkan kurangnya pengalaman dalam berpolitik, calon DAP menunjukkan kelemahannya dalam sesi soal jawab dengan media, dan kelemahan ini telah digunakan oleh BN untuk menunjukkan betapa lemahnya calon DAP sekarang ini. Kaum Cina juga jelas tidak menyukai calon DAP kali ini. Selain dia dari kaum Melayu, calon ini juga tidak menunjukkan aura kepimpinan semasa berkempen. Bagaimanapun DAP mengharapkan sentimen kaum Cina terus membiak dan diterjemahkan dalam bentuk undi. MP DAP pada 2008, gagal melaksanakan tugasnya di Teluk Intan, banyak keluhan dari kaum Cina, India dan Melayu. Pengundi Cina berkata tidak akan undi DAP dalam PRU13. Sekiranya pengundi mengundi berdasarkan prestasi memang pada PRU13 DAP akan kalah. Namun DAP tetap menang kerana sentimen semata-mata. Pada PRK ini, DAP kelihatan angkuh dengan kaum Cina kerana meletakkan calon Melayu seolah-olah undi kaum Cina sudah pasti kepada DAP dan sekarang mahu undi Melayu kepada DAP. DAP melihat kaum Cina akan ikut sahaja keputusan DAP dan merendah-rendahkan keupayaan kaum Cina mempertimbangkan calon MP terbaik. Tindakan DAP telah menyebabkan konflik dalaman DAP Teluk Intan dan juga mengguris perasaan kaum Cina di Teluk intan.
Pemilihan calon DAP melayu, tetapi menolak hudud dan berkempen menentang kepentingan Melayu telah menyebabkan orang Melayu membenci calon Melayu ini. Ia juga telah dijadikan senjata untuk BN berkempen kepada orang Melayu untuk menolak calon Melayu DAP ini. Mengapa mahu menyokong Melayu yang menolak agama dan bangsanya sendiri. Apa yang paling menyedihkan adalah sikap pemimpin dan penyokong PAS. Beberapa persoalan yang perlu ditanya pada penyokong PAS; adakah tidak memakai tudung itu berdosa?, berdosakah bagi orang Islam yang menolak hudud?.. jawapan yang penyokong PAS berikan adalah putar belit politik bukan dari sudut agama. Pada PRK ini menampakkan PAS menyimpang dari akidah Islam semata-mata untuk mempertahankan calon DAP ini. Pernah mereka memberikan pendapat yang mengatakan dalam situasi begini, elok diberikan undi kepada orang yang fasiq berbanding orang yang kafir. Tetapi bila ditanya adakah pendapat ini boleh digunakan di PRK Bukit Gelugor, mereka memberi jawapan politik penuh putar belit mempertahankan undi kafir DAP di Bukit Gelugor. Pemilihan calon Melayu DAP yang tidak bertudung dan menolak hudud ini telah menyebabkan PAS ibarat 'cacing kepanasan' dalam berkempen, dan telah menampakkan mereka berjuang untuk politik semata-mata dan bukan kerana agama. Sekiranya mengikut rekod perkhidmatan, boleh dikatakan DAP lemah pada penggal 2008-2013. Sekiranya mengikut sentimen kaum Cina, Jelas DAP angkuh dengan mengenepikan pemimpin DAP tempatan dan calon Melayu DAP juga jelas mengguris kaum Cina yang mahukan pemimpin Cina.
Menariknya PRK Teluk Intan adalah persoalan adakah kaum Cina meletakkan pertimbangan rasional melebihi sentimen kaum, adakah mereka akan tutup mata dan membiarkan DAP menjadi angkuh tetapi masih memberi undi kepada DAP. Kaum Cina adalah penentu pada PRK kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment