Sunday, 4 May 2014
#PRK Teluk Intan: Bukan Misi Mustahil Buat BN.......!!!
Sebaik bergelar Presiden Gerakan berikutan pengunduran diri Dr.Koh Tsu Koon, tokoh yang diperhatikan iaitu Datuk Mah Siew Keong berdepan dengan ujian paling getir dalam karier politiknya. Beliau yang pernah menjadi Ketua Pemuda parti (2002-2008) serta menjawat jawatan Timbalan Menteri sebelum 2008 terpaksa membuat keputusan bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan atau sebaliknya. Apa sekalipun keputusannya ia berkaitan dengan kedudukan di dalam kabinet jika beliau terpilih sebagai ahli parlimen. Lebih mudah bagi Perdana Menteri DS Najib Razak memilihnya dalam rombakan kabinet.Lagipun Mah kini Presiden Gerakan yang secara “wajib” perlu berada dalam kerajaan.Tempoh Mah memikirkan semasak-masaknya persoalan ini semakin singkat menjelang pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya mengenai tarikh PRK ini. Selain sebagai anak tempatan, Mah sejak 1999 merupakan calon BN di kawasan ini. Jika beliau mengalah bererti beliau terpaksa memberikan jawapan kepada penyokongnya tentang keputusannya itu. Ujian yang mendepaninya kini mula dibahaskan secara tertutup serta turut menjadi hiasan tulisan di dalam media berbahasa Cina. Kebanyakan merasakan Mah bakal diumumkan BN pusat sebagai calonnya.
Mah bukanlah tidak pernah bertanding di kawasan ini tetapi waktu itu beliau bukanlah presiden parti seperti sekarang. Kekalahan sewaktu memegang jawatan Presiden Parti Gerakan boleh memudarkan imej parti itu di peringkat nasional. Kita ingin imbas kembali komennya sebaik memenangi jawatan presiden parti itu menewaskan pencabarnya,Teng Chan Yeow (1,086-577 undi).Mah berkata dia mempunyai rancangan mengembalikan kegemilangan Parti Gerakan.”"The responsibility of a president is not easy and I understand there are a lot of challenges, however I believe that all the members in the party will come together in bringing the party to a better position"."Even Teng Chang Yeow, who contested against me, will be given a position as a central committee member". Mah juga bercakap tentang golongan muda dalam parti:"We will also look into bringing in more involvement from younger members in the party". Parti Gerakan ditubuhkan pada 1968 merupakan serpihan dari MCA muncul parti paling berpengaruh di Pulau Pinang di era Dr. Lim Chong Eu. Malang sekali pengaruhnya tidak kekal apabila jawatan Presiden berada di dalam tangan Koh Tsu Koon. Dalam pilihanraya 2008, rakyat Pulau Pinang menolak Koh, BN dan Gerakan.Mereka memilih DAP sebagai pengganti. Kekalahan ini merupakan sejarah paling pahit buat Parti Gerakan serta tidak nampak sebarang tanda parti itu akan bangun dan ulangi kejayaan semula. Kini sebagai presiden baru parti itu, Mah berpeluang dan berazam membawa parti itu kembali gemilang seperti di era yang lampau. Tetapi sebelum itu banyak ranjau perlu dilalui termasuklah soal PRK Teluk Intan. Sebabnya mudah—Jika Mah menjadi calon BN dan tewas sekali lagi maka bukan saja karier politiknya melalui saat-saat merosot, imej Parti Gerakan sebagai sebuah parti multi-racial, ikut terjejas.
Silap hari bulan parti itu akan berkubur di Teluk Intan seperti mana terkuburnya pengaruh Parti Gerakan sewaktu ia dipimpin oleh anak emas Chong Eu, Koh Tsu Koon. Parti Gerakan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua minggu lagi bagi membincang perkembangan di Teluk Intan. Dua agenda penting bakal tersenarai sama ada parti itu bersetuju meletakan calon mewakili BN serta siapakah calonnya. Mah dipetik berkata "kami belum membuat keputusan mengenai perkara itu (bertanding) memandangkan penyandang kerusi, ahli parlimen DAP Seah Leong Peng baru meninggal dunia". Mah mula mengambil jalan selamat dengan tidak bergesa-gesa memberikan ulasan. Ia memerlukan masa untuk membuat keputusan setelah mengadakan perbincangan di peringkat parti dan BN Pusat. Namun demikian walaupun ia dilihat “up hill battle” buat calon BN (dari Gerakan) tetapi ini tidak bererti peluang BN untuk menang langsung tidak ada. BN perlu ada “winning formula” sebelum turun sebagai “underdog” di dalam PRK Teluk Intan kelak. Seperti diketahui umum Teluk Intan merupakan sebuah bandar penting di negeri Perak di akhir tahun 1800. Penduduknya yang multi-racial merupakan masyarakat bandar yang “simple minded.” Mereka bukan macam Cina Penang ataupun pengundi di Bukit Bintang. Kalau mereka dilihat sebagai “anti establishment” ia difahami kerana penduduk di kawasan ini sangat berhati-hati dalam memilih wakil mereka. Ini kerana mereka mahukan wakil rakyat yang pro aktif jauh sekali sebagai pak turut. Rakyat sudah jemu melihat wakil-wakil rakyat yang tidak ada idealisme sebaik memegang jawatan berbanding masa mula-mula dipilih. Justeru boleh dikatakan kemenangan BN di kawasan ini adalah berasaskan faktor calon. Pada pilihanraya 1974, BN yang meletakan Au How Cheong merangkul kemenangan besar. Au kekal sebagai ahli parlimen selama tiga penggal serta dilantik Setiausaha Parlimen pada penggal terakhir. Pada 2004 iaitu PRU ke 11, Mah dipilih sebagai calon mewakili BN dan memenanginya. Beliau memperoleh 18,665 undi mengalahkan,.Gobalakrishnan (PKR), 6,128 dan Wu Him Ven (DAP), 8,829 undi. Undi majoriti Mah ialah 9,836. Dalam pilihanraya sebelum ini (1999) Mah menang dengan undi majoriti, 2,783. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya dalam pilihanraya pada 2008, apabila tewas pada Seah. Mendiang Seah pula merupakan calon berpengaruh di Pasir Bedamar, selama tiga penggal berturut-turut. Pada pilihanraya 1999, beliau mengekalkan kerusi ini mengalahkan calon BN, Lee Heng dengan majority 3,391.Seah peroleh 11,050 berbanding calon BN, 7,659 undi. Seah mula dipilih sebagai wakil rakyat Pasir Bedamar dalam pilihanraya sebelumnya apabila menang dengan mendapat 5,038 undi majoriti. Peluang BN di Changkat Jong jauh lebih cerah. Sejarah memperlihatkan DUN ini dimonopoli calon-calon UMNO yang mewakili BN kecuali pada 2008 apabila Idris Hashim tewas kepada Anuar Sudin, dengan majoriti 899. Dalam pilihanraya 2004 dan 1999, calon BN iaitu Onn Hamzah memenangi kerusi DUN Changkat Jong. Untuk rekod 60% adalah pengundi Melayu berbanding 13% Cina dan 27%,India. Dalam pilihanraya 2004, Onn memperolehi 3,611 undi majoriti;sebelum ini majoriti Onn sebanyak 1,802 undi. Jelas sekali perbandingan yang dibuat itu menunjukkan peluang BN masih cerah jika beberapa faktor diambil kira seperti faktor pemilihan calon. Berasaskan trend pengundian lampau, pengundi India sebagai faktor penentu kemenangan calon-calon yang bertanding. Pengundi India menyumbang 19 % berbanding pengundi Cina, 42% dan Melayu, 39% di peringkat parlimen. PKR yang meletakan calon India di Teluk Intan pada 2004 hanya berjaya memungut 6,128 undi berbanding, calon DAP, 8,829. Ketika itu BN menang dengan sokongan dari 18,665 pengundi. Ketiga-tiga kaum menyumbang kepada kemenangan BN ketika itu. Pada 2008, berlaku pertandingan dua penjuru apabila PKR bersetuju dengan kompromi membiar calon DAP (India) bertanding menentang calon BN. Seperti diduga, DAP yang meletakan calon India, M.Manogaran yang mewakili parti itu muncul pemenang dengan memperoleh 18,486 undi berbanding calon BN (Mah),17,016. Majoriti calon DAP hanya 1,470. Keputusan pilihanraya berikut memperlihat calon DAP berbangsa Cina mendapat undi jauh lebih banyak. Untuk rekod dalam pilihanraya itu selain pengundi India, PAS berjaya menyakinkan penyokongnya mengundi calon DAP. Pada pilihanraya 2013, mendiang Seah Leong Peng yang dipindahkan dari DUN Pasir Bedamar ke parlimen Teluk Intan menang dengan mendapat majoriti sebanyak 7,313 undi mengalahkan calon BN iaitu Mah Siew Keong. Sebagai calon “incumbent” Mah gagal mengekalkan sokongan pengundi Cina dan India seperti sebelumnya. Justeru bagi pemerhati politik jika BN meletakkan calon India peluang mereka untuk membuat satu “upset” jauh lebih cerah. Ini berdasarkan jumlah undi yang disumbang oleh pengundi Melayu dan India sebanyak 56%. Sebagai contoh jika 10% pengundi Cina memihak calon BN, selebihnya calon itu boleh mengharapkan sumbangan undi dari pengundi Melayu dan India. Pengundi Melayu pada tahap ini memihak kepada UMNO (dan BN). Parti Gerakan boleh menampilkan seorang tokoh India sama ada anak tempatan atau tokoh import sebagai calon mewakili BN. Tetapi calon yang lahir di Teluk Intan lebih popular di hati para pengundi. Pengorbanan Mah tidak sia-sia kerana dengan menarik diri dari bertanding pengorbanannya tetap dibalas oleh pucuk pimpinan. Sebagai Presiden, PM tentu tidak akan meminggir semata-mata dia tidak bergelar ahli parlimen. Mah boleh dilantik ke jawatan senator sebelum diberi peluang menjadi menteri dalam kabinet Perdana Menteri. Sementara itu Pengerusi BN negeri Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir dijangka mengadakan pertemuan dengan para pemimpin BN peringkat negeri dan bahagian Teluk Intan. Agenda pertemuan tentulah mengenai PRK ini. Dr.Zambry kini dipertanggungjawabkan dengan tugas memenangi PRK ini kerana sebagai PRK yang pertama diadakan di negeri Perak, MB Perak itu tentu mahukan kemenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment