Thursday, 15 May 2014

#PRK Teluk Intan: Adakah Gerakan Akan Ikut Jejak MCA Kerana Hudud.......!!!???

Jika hujah hudud digunakan oleh MCA untuk tidak meletakkan calonnya pada PRK Bukit Gelugor, Gerakan juga wajar berpendirian yang sama di Teluk Intan kerana kedua-dua parti itu sama-sama menolak hudud. Gerakan turut membuat komen yang lebih menyinggung umat Islam mengenai hudud dengan mengatakan wanita dan kanak-kanak lebih menjadi sasaran jika hukum itu dilaksanakan. Dalam PRK itu nanti, Mah yang kini sudah menjadi Presiden Gerakan dikhabarkan akan dicalonkan sekali lagi. Tetapi memandangkan hari penamaan calon pada 19 Mei, belum ada sebarang keputusan lagi dibuat ketika ini. Walaupun Gerakan tiada kerusi Menteri atau Timbalan Menteri yang boleh diharapkan berikutan calonnya kalah dalam pilihan raya lalu, mereka wajar bersama dan bersatu hati dengan MCA dengan sama-sama melupakan kepentingan PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan demi perjuangan menentang hudud yang sedang dilalui. Oleh kerana MCA dan Gerakan memikirkan menentang hudud itu lebih penting, maka biarkanlah DAP menang percuma di kedua-dua kerusi itu. Lagi pula, sama seperti MCA di Bukit Gelugor, peluang Gerakan juga agak tipis di Teluk Intan.

No comments:

Post a Comment