Wednesday 14 May 2014

#PRK Teluk Intan: Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah Umum Bertanding......!!!

Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas. Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan perubatan Islam, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas". “Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam serta pengundi lain yang tidak berselera dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya. Syed Araniri juga berkata antara faktor utama membuatkannya mahu bertanding di Teluk Intan adalah bagi mendedahkan agenda DAP dalam politik Malaysia yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat Melayu dan Islam. Syed Araniri merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Islam, Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.

No comments:

Post a Comment