Monday, 12 May 2014

#PRK Bukit Gelugor: Calon DAP Diragui.......!!!

Seorang anggota seumur hidup DAP, G.Asoghan, hari ini mempersoalkan kesahihan Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon parti itu bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor. Beliau mendakwa pencalonan Ramkarpal bagi kerusi itu adalah tidak sah berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu. "Jika Ramkarpal bertanding menggunakan logo DAP, kemenangannya boleh dibatalkan oleh mahkamah atas sebab teknikal," katanya. Asoghan, yang juga ketua DAP Cawangan Bagan Luar, turut mempersoalkan keanggotaan Ramkarpal, yang menyertai DAP awal tahun ini sedangkan pada masa itu, DAP masih belum menerima pengiktirafan ROS. "Ini adalah satu penipuan kerana CEC yang tidak diiktiraf tidak boleh mengambil anggota. Oleh itu, ROS harus menyiasat keanggotaan Ramkarpal," katanya. Asoghan turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS supaya memberi penjelasan berhubung calon DAP itu dan mengapa parti itu dibenar bertanding menggunakan simbol roket. Beliau berkata anggota CEC tidak ada kuasa untuk menandatangani watikah bagi pihak DAP kerana belum mendapat kesahihan ROS dan tindakan itu seakan-akan mencabar ROS. Asoghan berkata surat-surat ROS bertarikh 17 April dan 6 Dis tahun lepas menyatakan ROS tidak mengiktiraf kesahihan CEC. PRK Bukit Gelugor menyaksikan saingan antara Ramkarpal, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.Justeru, Matmerapu berpendapat jika keputusan PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti memberi kemenangan kepada calon DAP, ianya masih boleh dicabar di mahkamah oleh calon yang bertanding sekali gus membatalkan kemenangan tersebut atas factor teknikal kerana menggunakan simbol roket dan lambing DAP yang belum mendapat pengiktirafan ROS.

No comments:

Post a Comment