Monday 5 May 2014

#Pemilihan PKR 2014: Rasis, Dendam & Khianat Menjadi Rencah Utama.......!!!!

Pemilihan PKR sedang berjalan dengan penuh kehangatan selain kontroversi dan penuh skandal. Pertembungan antara Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Azmin Ali memperlihatkan pelbagai taktik digunakan untuk mengalahkan sesama sendiri. Tidak kurang juga isu perkauman turut mendapat tempat terutama sekali di Johor. Selepas Zabidie bin Abbas melepaskan jawatan Ketua Cabang dan berhasrat bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Bandar Tenggara, maka Jimmy Puah Wee Tse yang merupakan ADUN Bukit Batu dan S.Gopalakrishnan yang merupakan Naib Ketua Cabang Kulai telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Kulai bagi tahun 2014. Proses undian telah bermula dari jam 10:30 pagi sehingga jam 5:30 petang di Pejabat PKR Kulai Cabang Kulai. Stephen Chong yang merupakan Pengerusi Strategi PKR Negeri Johor telah menjadi pemerhati bagi pemilihan tersebut. Pengiraan undi telah dibuat pada jam 5:45 petang dan mendapati S.Gopalakrishnan telah mendapat undi sebanyak 141 berbanding Jimmy Puah Wee Tse yang mendapat undian sebanyak 74 undi. Jawatan-jawatan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita dan Ketua AMK pula telah dimenangi tanpa bertanding. Walaupun dari satu parti, Jimmy Puah Wee Tse amat dibenci oleh ahli-ahli PKR dari masyarakat India. Ini adalah kerana sikap perkauman menebal yang menjadi amalan ADUN Bukit Batu itu. Sepanjang dia menjadi ADUN, Jimmy Puah langsung tidak memberikan perhatian atau mengambil peduli dengan sebarang aduan daripada masyarakat India. Malah terdapat laporan yang mengatakan, Jimmy Puah pernah MEMPARIAKAN seorang ahli PKR berbangsa India yang cuba mengadu kesusahan kepadanya. Terdorong dengan pengabaian iaitu tiada sebarang bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat India, dia ditolak daripada jawatan Ketua PKR Cabang Pulai. Malahan, sokongan yang diberikan secara tidak langsung oleh bekas ketua, Zabidie bin Abbas kepada S.Gopalakrishnan, yang tidak sehaluan dengan Jimmy Puah, juga telah berjaya memenangkan S.Gopalakrishnan. Ekoran kekalahannya, sudah ada ura-ura yang menyatakan besar kemungkinan Jimmy Puah akan menyeberang masuk DAP dan seterusnya mengekalkan jawatan ADUN Bukit Batu, malah sudah mula nampak jawatan Ahli Parlimen Pulai pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment