Friday, 16 May 2014

#Hudud: Peluang Gerakan Ganti MCA......!!!???

Setakat ini sikap Gerakan lebih lunak daripada MCA tentang isu hudud sekalipun kedua-duanya tidak beriman dengan undang-undang jinayat Islam itu. Sekalipun DAP sepanjang lebih 40 tahun dilihat lebih ke depan sebagai mewakili suara bukan Islam di negara ini, tetapi dalam isu hudud MCA mahu mengambil alih tempat DAP itu. Pemuda MCA hendak mengadakan pagar manusia di Parlimen bagi menghalang MP PAS memasukinya bagi membentangkan usul persendiriannya pada hari itu nanti. Dan lebih berani MCA akan mengkaji kedudukannya dalam BN kiranya UMNO memihak kepada usul hudud itu. Berbeza dengan sikap Gerakan. Ia hendak mendengar dulu hujah UMNO mengapa ia mendorong kerajaan Kelantan untuk membawa perkara itu ke Parlimen. Dan mungkin juga ia boleh mengambil cara DAP belum menyokong cadangan PAS tetapi ia sentiasa bersemuka dengan PAS bagi mendengar daripada PAS dan memberitahu PAS mengapa ia belum dapat menerima hudud. Ertinya Gerakan boleh bertemu dengan PAS bagi mendengar dan menyatakan sikapnya mengapa ia belum dapat menerima hudud pada masa ini. Mungkin Gerakan tidak boleh buat lebih baik daripada DAP, tetapi ia adalah lunak daripada MCA sekurang-kurang walaupun belum ada rancangan untuk mendapatkan penjelasan daripada PAS tetapi ia mahu mendengar penjelasan UMNO. MCA adalah keras dan tidak terbuka. Ia tidak bercadang untuk mendengar penjelasan UMNO tetapi hendak mengkaji muafakatnya dengan UMNO dalam BN kiranya UMNO jadi pro-hudud. Mungkin MCA belum bersedia membina pagar manusia di Parlimen bagi menghalang MP UMNO masuk Parlimen, kerana polis tidak akan biarkan MCA menghalang MP UMNO masuk Parlimen. Jika benar MCA tegas, pagar manusia yang dirancangnya itu mesti menyekat sama UMNO termasuk Perdana Menteri, kerana Perdana Menteri adalah UMNO. UMNO pula baru sebahagian yang beriman kepada hudud. Belum 100 peratas ahli dan pemimpinnya beriman kepada hudud. Beriman kepada hudud bukan sekadar mengaku beriman tetapi mestilah melaksanakannya. Sebelum UMNO membuktikan ia beriman kepada hudud, MCA sudah memberi kata dua kepadanya. Sokong hudud atau MCA keluar BN atau MCA keluarkan UMNO dari BN. Jika MP Ismail Ibrahim, Timalan Menteri di JPM mencerminkan sikap UMNO, ia tidak akan pujuk MCA untuk kekal dalam BN. Dengan imej yang MCA warisi sekarang, ia belum mampu menjadi suara tunggal Cina dalam BN. Iman UMNO kepada hudud tidak wajar ditentukan oleh MCA. Dan kiranya MCA perlu keluar dari BN, BN tidak akan kosong dengan suara Cina. UMNO masih ada Gerakan, SUPP, PPP yang mewakili suara Cina dalam BN. Lebih 40 tahun Gerakan menunggu dalam BN untuk menggantikan MCA tetapi UMNO tidak memberi laluan kepadanya untuk menggantikan MCA kecuali di Pulau Pinang. Dengan sikap Gerakan hendak mendengar UMNO dulu tentang hudud, maka Gerakan telah menyediakan politik yang lebih lunak dibandingkan dengan MCA. Jika MCA merasa perlu meninggalkan BN, Gerakan boleh ganti MCA. Jika MCA meninggalkan BN, bukan kerana UMNO tidak mahu kepadanya tetapi MCA tidak lagi dapat menerima pimpinan UMNO. UMNO jangan bimbang kepada ancaman MCA. Adanya MCA dalam BN, ia tidak membantu mendapatkan sokongan bukan Melayu. Dan jika Gerakan terus rasional, ia boleh jadi pimpinan baru Cina dalam BN. Dengan situasi baru ini, jika MCA tegas dan berani, jangan terima tawaran kembali ke Kabinet.

No comments:

Post a Comment