Monday 12 May 2014

#Krisis Politik Terengganu: Biar Rakyat Pilih Kerajaan Negeri.......!!!

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat Terengganu perlu diberikan mandat sepenuhnya bagi memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Beliau berkata demikian berikutan dua ADUN BN iaitu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib yang mengumumkan keluar dari parti itu menjadi ADUN Bebas semalam. "Pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua mereka menyebabkan Terengganu tidak mempunyai kerajaan yang majoriti, malah Menteri Besar yang baru dilantik tidak boleh memegang jawatan kerana tiada siapa pun yang berhak". "Dalam keadaan krisis politik Terengganu yang teruk, adalah lebih baik kuasa diberikan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana yang akan mereka pilih," jelas beliau. Beliau turut meminta agar Ketua Pembangkang dan juga Ahmad memaklumkan kepada Speaker atas kedudukan kerusi DUN sekarang bagi membubarkan kerusi DUN dan memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru. "Kita dari Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri yang baru, bersedia untuk memberi kuasa kepada rakyat membuat pilihan". "Atas sebab itu, saya berharap agar Ketua Pembangkang dan ADUN Bebas boleh memaklumkan kepada Speaker tentang kedudukan kerusi serta sokongan yang ada sekarang". "Tindakan ini perlu dilakukan segera agar rakyat Terengganu tidak menjadi mangsa dan mendapat pembelaan dari kerajaan yang sah," sambung beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap agar pihak istana turut mengambil keputusan segera menggesa Speaker memaklumkan pembubaran DUN bagi menjaga nama baik Sultan Terengganu. "Semalam pelantikan Menteri Besar yang baru, tetapi dalam keadaan yang sama negeri itu tidak ada kerajaan yang majoriti serta sah dari sudut perundangan, jadi pelantikan itu tidak sah". "Bagi menjaga nama baik baginda Sultan serta istana dalam krisis politik ini adalah lebih baik Speaker bertindak segera memaklumkan pembubaran DUN," sambung beliau lagi. Sebelum itu, Ahmad mengumumkan keluar parti pada Isnin bersama ADUN Ajil selepas tempat beliau diganti oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman. Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi dari 32 kerusi DUN Terengganu selain 2 kerusi dari calon Bebas. Terkini, krisis politik Terengganu bertambah parah apabila seorang lagi ADUN Bukit Besi dari UMNO turut mengisytiharkan sebagai Bebas. Nampaknya, kerajaan BN Negeri Terengganu kini ibarat 'Telur Di Hujung Tanduk'. Matmerapu menjangkakan bahawa Pilihan Raya Negeri bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

No comments:

Post a Comment