Tuesday, 13 May 2014
#PRK Bukit Gelugor & Teluk Intan......!!!
Parlimen Bukit Gelugor kosong, atas sebab kematian penyandangnya Karpal Singh pada pagi 17 April akibat kemalangan jalanraya. Manakala Parlimen Teluk Intan kosong juga atas sebab kematian. Penyandang kerusi itu Mah Siew Keong meninggal kerana kanser pada 1Mei lalu. Kedua-kedua kerusi itu adalah kerusi DAP. Pada PRU13 lalu, Karpal menang dengan majoriti lebih 40,000 undi, manakala Siew Keong menang dengan kelebihan lebih 7,000 undi; kedua-duanya mengalahkan calon Barisan Nasional. Kini BN tidak bertanding di Bukit Gelugor, manakala di Teluk Intan, keadaan dikatakan 50-50; namun berasaskan keadaaan semasa, calon BN kelak bagi DUN Teluk Intan kekal sebagai calon underdog, jika BN terutama Gerakan bertanding.
Seperti di PRK Kajang, calon BN dari awal-awal lagi dinyatakan tidak berpeluang untuk menang, atas sebab itu berbagai pihak dalam BN, meminta agar PRK Bukit Gelugor tidak ditandingi calon BN. Akan tetapi, apakah pucuk pimpinan akan membuat keputusan yang sama untuk tidak bertanding di Teluk Intan....??? Pada PRK Teluk Intan, jika BN mengambil keputusan bertanding, kemungkinan akan memberikan alasan yang sama, iaitu menggunakan masa berkempen untuk menerangkan polisi polisi kerajaan, terutama berkaitan GST dan TPPA. Tidak seperti sebelum tahun 2008, PRK pada kebiasaannya akan dimenangi calon-calon BN, namun selepas itu, calon-calon BN tidak lagi berpeluang berbuat demikian, kecualilah kawasan itu memang kawasan BN. PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan, tidak mengubah status quo di Dewan Rakyat. Siapapun yang menang, tetap sahaja keududukannya demikian, kecuali, jika BN menang di Teluk Intan, maka menyuntik moral kepada gabungan 13 parti itu, bahawa kawasan marginal kaum cina boleh ditawan. Manakala, jika calon DAP menang, maka mengesahkan sekali lagi, bahawa pengundi Cina memang telah memutuskan untuk berpatah arang dengan BN. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memutuskan bahawa hari pengundian di Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei, manakala di Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment