Friday, 16 May 2014
Melayu Perlu Berwaspada Dengan DAP......!!!
Bangsa Melayu ini unik dan punya keistimewaannya yang tersendiri.Tidak perlu dihuraikan panjang lebar cukup sekadar melihat kepada adat dan budayanya penuh dengan kesantunannya.Selain dari itu, Melayu juga dikurniakan satu kelebihan oleh Allah SWT apabila Melayu sinonim dengan agama Islam. Justeru itu maka setiap anak pewaris generasi Melayu yang lahir ke muka bumi bertuah ini sudah pasti terpelihara kesan daripada kekuatan Melayu mempertahankan Islam sebagai agama rasminya.
Matmerapu antara sebahagian daripada jutaan penduduk dunia yang bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga Melayu dan dididik dengan ajaran Islam.Alhamdulillah walaupun bukanlah bertaraf ulama tetapi Matmerapu punya kekuatan sebagai Melayu dan mampu menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Namun sejak akhir-akhir ini Melayu tidak lagi seselesa dulu , Melayu hari ini perlu berhati-hati memandangkan terdapat anasir-anasir di luar sana yang sentiasa berusaha untuk memesongkan Melayu agar menjadi terbuka seterusnya meninggalkan perjuangan Melayu yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.Begitulah yang berlaku terhadap seorang lagi anak Melayu yang sebangsa dengan Matmerapu.
Bagi sesetengah pihak khususnya pembangkang mungkin melihat anak muda bernama Dyana Sofya ini antara pewaris bangsa Melayu yang kini sudah membuka mata dan punya keupayaan untuk berdiri seiring dengan mereka yang mengaku paling hebat abad ini.
Mungkin benar dan kita boleh sahaja menganggap ianya satu kejayaan tetapi sekiranya diteliti berdasarkan keadaan dan suasana terkini rasanya Dyana Sofya adalah satu lagi mangsa keadaan akibat kerakusan politik pembangkang.Dyana Sofya merupakan seorang anak Melayu kelahiran negeri Johor dan beliau kini merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah , Lim Kit Siang daripada DAP.Mungkin pada ketika ini anak muda bernama Dyana Sofya sudah dikenali di seluruh negara gara-gara penyebaran gambar seksi melibatkan beliau dalam keadaan sedang berbikini sebelum ianya disahkan sebagai palsu. Malahan ianya berlaku setelah nama beliau di uar-uarkan sebagai bakal calon daripada DAP yang akan bertanding di Teluk Intan dan serentak itu nama Dyana Sofya mula menjadi bualan di kalangan mereka-mereka di luar sana sama ada daripada kem pembangkang mahupun kerajaan.
Semenjak awal kemunculannya satu ketika dulu beliau tidaklah diberikan perhatian sangat , hanya dianggap sebagai satu lagi bangsa Melayu yang hilang arah serta lupa tentang sejarah yang pernah mencarik bangsanya sendiri dan tampil bersama serta menyokong parti DAP.Malahan anak muda ini bukan sahaja dilihat menolak perjuangan UMNO tetapi juga bangsa sendiri malah lebih percayakan kepada konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP sejak ia ditubuhkan. Banyak pihak khususnya di media-media pro pembangkang dilihat mula memuji anak muda ini kononnya beliau begitu bersahaja dan tenang dalam mendepani isu atau istilah serangan politik yang kini sedang dihalakan kepadanya.
Namun seperkara yang harus diberikan perhatian adalah selain daripada kontroversi yang tercetus , populariti secara tidak sengaja ini sebenarnya sedang digunakan oleh DAP dan pembangkang untuk mewujudkan satu lagi ikon yang difikirkan mampu menjadi pujaan anak-anak muda seterusnya menarik seramai mungkin anak muda kepada perjuangan songsang Pakatan Rakyat.
DAP dan pembangkang tahu bahawa ikon-ikon terdahulu seperti Adam Adli , Khalid Ismeth , Leman Raja Lawak dan beberapa orang lagi anak muda yang berjaya direkrut oleh pembangkang sebelum ini kini sedang menghadapi zaman kegelapan mereka.
Kehadiran mereka tidak lagi mendapat perhatian seperti mana sebelumnya dan ini menjadi satu kekurangan khususnya apabila DAP sedang bergelut dalam PRK di Bukit Gelugor dan bakal berdepan pula dengan PRK Teluk Intan.Siri kempen politik mereka serba kekurangan malahan momentum tidak lagi seperti dulu.
Kerana itu populariti yang sedang dimiliki oleh Dyana Sofya perlu segera digilap dan dihebah-hebahkan agar ianya menjadi satu lagi ikon baru yang mampu menjadi daya penarik kepada rakyat khususnya anak-anak muda untuk mendekati DAP seterusnya pembangkang.Malah DAP kini sudah semestinya akan berusaha untuk melonjakkan nama Dyana dengan bantuan daripada penggerak-penggerak media sosialnya (RBA) supaya anak Melayu ini menjadi pencetus kepada kehadiran serta sokongan orang-orang Melayu terhadap perjuangan DAP.Satu agenda besar yang sedang dialunkan tanpa banyak pihak menyedarinya. Sebagai rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu , kehadiran Dyana dengan segala sokongan daripada DAP perlu di perhatikan dengan sebaik-baiknya.Dyana merupakan salah satu anak muda berbangsa Melayu yang telah berjaya dipesongkan oleh mereka yang satu ketika dulu pernah menghalau orang Melayu dari bumi Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 bukanlah sekadar satu catatan sejarah tetapi ia penuh dengan amanat serta mesej kepada orang Melayu supaya sentiasa beringat. Kini setelah puluhan tahun peristiwa hitam itu berlaku , DAP walaupun tidak berjaya untuk menyemai benih perjuangan Malaysian Malaysia secara menyeluruh tetapi sudah mampu menguasai jiwa dan minda anak-anak muda seperti Dyana Sofya.Mungkin ianya kasar tetapi inilah yang mereka sedang lakukan , mengambil 'sampah' kita kemudiannya digilap dan kini sedang cuba diagungkan supaya seluruh bangsa Melayu tunduk agar mudah untuk mereka runtuhkan Empayar Melayu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment