Sunday, 4 May 2014
#PRK Bukit Gelugor: BN Perlu Tanding - Tun M
BN perlu bertanding pada PRK kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang walaupun peluang untuk menang tipis, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, soal turun bertanding perlu menjadi keutamaan, bukan faktor menang atau kalah."Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tidak perlu letak calon sebab PAS tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding". "Soal utama adalah pertandingan untuk menunjukkan sekurang-kurangnya ada orang yang tidak bersetuju walaupun kalah," katanya selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Kuala Lumpur. Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas pandangan beberapa pihak yang menyifatkan BN pasti tewas pada PRK Bukit Gelugor, dan oleh itu tidak perlu meletakkan calon. Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP pada 17 April lalu akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.
Dalam Pilihan Raya Umum pada Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon MCA, Teh Beng Yeam. SPR menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor dengan penamaan calon pada 12 Mei. Pengundian awal dijadualkan pada 21 Mei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment